Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Mengenai pendirian UMNO dalam isu pentadbiran di Negeri Sembilan, Ahmad Zahid berkata keputusan Badan Perhubungan UMNO negeri bersama 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan.
Transcript
00:00Timbalan Presiden Amno, Datuk Seri Muhammad Hassan merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam meredakan kemelut pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
00:09ketika ini.
00:10Presiden Amno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Muhammad sentiasa berusia mencari jalan penyelesaian secara rundingan bersama kepimpinan parti bagi
00:19meredakan situasi berkenaan.
00:23Sehubungan itu, Zahid berkata tuduhan mengaitkan Muhammad yang juga Ahli Parlimen Rembau sebagai dalang terhadap krisis di Negeri Sembilan adalah
00:31tidak adil.
00:32Pengurusi Barisan Nasional itu menjawab dakwaan beberapa pihak yang menyatakan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat adalah dalang kemelut
00:39politik di Negeri Sembilan.
00:41Mengenai pendirian Amno dalam isu pentadbiran di Negeri Sembilan, Zahid berkata keputusan Badan Perhubungan Amno Negeri bersama 14 Ahli Dewan
00:49Undangan Negeri adalah untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan.
00:53Tegasnya tidak timbul soal mahu menarik diri untuk menjadi pembangkang.
00:58Timbalan Perdana Menteri itu menambah, penentuan jawatan Menteri Besar bukan diputuskan oleh Amno secara bersendirian, sebaliknya bergantung kepada konsensus parti
01:06gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya Pakatan Harapan.
01:09Zahid berkata demikian dalam temubual bersama bernama, sempena konvensyen 80 tahun Amno.
01:15Sebelum ini, 14 adun BN menarik balik sokongan mereka terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Comments

Recommended