Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Presiden Panama Jose Raul Mulino menegaskan hubungan dengan China kekal baik walaupun isu konsesi pelabuhan dan tekanan geopolitik AS-China, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap layanan kapal berdaftar Panama di China.

Transcript
00:00Panama masih mempunyai hubungan baik dengan China walaupun terlibat secara tidak langsung dalam pertikaian antara kuasa besar itu dengan Amerika
00:07Syarikat.
00:08Presiden Panama, Jose Raul Mulino, turut mempertahankan tindakan negara itu mengambil alih kontrak pelabuhan yang sebelum ini dipegang oleh syarikat
00:16Hong Kong, CK Hutchison.
00:18Mulino berkata demikian dalam sidang media selepas menerima mesej peringkat tinggi daripada kerajaan China.
00:25Mesej itu menyatakan bahawa pertikaian berkaitan kontrak pelabuhan akan dibawa ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa dan bukan isu antara kerajaan Panama
00:33dan China.
00:33Namun dalam masa sama, Mulino menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan penahanan dan pemeriksaan kapal berdaftar Panama di China.
00:40Menurutnya, Panama seolah-olah terikut arus dalam konflik antara dua kuasa besar dunia itu.
00:45Terusan Panama mengendalikan kira-kira 5% perdagangan laut global.
00:49Oleh itu, kawalan ke atas pelabuhan di pintu masuk terusan menjadi isu sensitif antara Washington dan Beijing.
00:55Syarikat CK Hutchison melalui anak syarikatnya Panama Ports Company kehilangan konsesi pelabuhan yang dipegang hampir 30 tahun selepas keputusan Mahkamah
01:03Agung Panama pada Januari lalu.
01:05Keputusan itu dilihat ada kaitan dengan tekanan syarikat untuk mengehadkan pengaruh China di laluan strategik tersebut.
01:11Selepas itu, Panama menyerahkan operasi sementara pelabuhan kepada APM Terminals dan TIL Panama.
01:17Panama Ports Company pula menyatakan akan mencabar keputusan itu di Mahkamah Timbang Tarantarabangsa dan menuduh kerajaan Panama mengambil alih secara
01:24tidak sah.
01:25Mulino menegaskan Panama tidak merampas pelabuhan tersebut, sebaliknya mengambil alih kerana kontrak sudah tiada.
01:31Beliau juga tidak mahu isu ini menjadi lebih tegang dengan China.
01:33Terima kasih.
01:34Terima kasih.
01:35Terima kasih.
01:36Terima kasih.
Comments

Recommended