00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pasukan penakluk Israel atau Israel Occupation Forces IOF menculik aktivis global sumut
00:09flotilla 2.0 sebagai tindakan gila.
00:12Menurutnya tindakan pasukan rejim Zionis menyerang misi flotilla di perairan antarabangsa pada Khamis adalah tidak menghormati prinsip kemanusiaan.
00:22Beliau turut mengesahkan telah berhubung dengan Kementerian Luar Negeri dan pemimpin negara-negara teluk untuk mencari jalan membebaskan 10 para
00:29aktivis Malaysia yang ditahan oleh IOF.
00:32Dan kebanyakan mereka itu ditahan di perairan antarabangsa. Ini kerja satu gila dan tidak menghormati langsung prinsip.
00:40Keduanya yang selamat itu ada yang terpaksa beralih ke masuk ke lautan kawasan Greece dan di situ dijamin oleh kerajaan
00:53tentera dan tentera laut Greece.
00:56Jadi kita sekarang telah ambil ikhtiar hubungi sahabat-sahabat kita dengan negara teluk dan negara Arab untuk cari jalan untuk
01:05lepaskan mereka daripada tahanan Israel.
01:07Beliau turut mengulangi kecaman terhadap Israel dengan menyifatkan tindakan yang dilakukan merupakan kezaliman yang masih berterusan.
01:15Menurutnya kezaliman itu dapat dilihat melalui tindakan ganas terhadap wanita dan kanak-kanak ketika serangan dilakukan ke atas Iran, Lubnan
01:23dan Gaza.
01:25Tegasnya aktivis GSF 2.0 merupakan misi kemanusiaan tanpa keganasan atau Non-Violence Act untuk membantu masyarakat di Gaza yang
01:34berdepan tekanan rejim Zionis Israel.
01:36Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Iman di Rawang pada Jumaat.
Comments