Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan Perak akan mengadakan pertemuan pihak berkepentingan bagi menilai isu pemindahan tiga gajah Malaysia di Jepun, sebelum menetapkan pendirian rasmi dengan menitikberatkan kebajikan haiwan dan obligasi kontrak.
Transcript
00:00Seterusnya, satu pertemuan dengan pihak berkepentingan akan diadakan minggu depan bagi membincangkan segera secara menyeluruh isu pemindahan tiga ekor gajah
00:09Malaysia iaitu Dara, Amoy dan Kelat.
00:12Menurut pengurusi jawatan kuasa perumahan dan kerajaan tempatan Perak, Sandria Eng Syai Ching, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Sumber Asli
00:20dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup,
00:23serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berhubung perkara berkenaan.
00:31Jelasnya dalam satu kenyataan, hasil daripada perbincangan itu akan menjadi asas kepada pendirian rasmi kerajaan negeri sebelum satu kenyataan yang
00:38lebih lengkap dan komprehensif dikeluarkan.
00:41Eng berkata kerajaan negeri menghargai keprihatinan pelbagai pihak terhadap isu tersebut dan kekal komitet dalam memastikan aspek kebajikan haiwan sentiasa
00:49diberi perhatian sewajarnya.
00:50Pada Rabu, Arthur berkata pemurusan Zoo Taiping and Night Safari wajar memulakan rundingan dengan pihak teknologi Zoo Osaka di Jepun
00:58bagi menilai keperluan dan mekanisme untuk membawa pulang gajah-gajah tersebut ke tanah air memandangkan mereka adalah pihak mempunyai obligasi
01:04kontraktual.
01:05Pada hari yang sama, Wan Rosdy berkata ZTNS digesa mengambil tindakan segera membawa pulang tiga ekor gajah itu untuk ditempatkan
01:12di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temelur.
01:16Sebelum ini, tiga gajah perkenaan dihantar ke Jepun sebagai usaha memantapkan program konservasi dan pembiakan dengan persiapan rapi dan pemantauan
01:23dilakukan supaya dapat menyusahkan diri dengan baik.
Comments

Recommended