Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan aspek keselamatan di lokasi seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam dengan memasang pagar keselamatan serta penutup longkang, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah segera itu penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang di kawasan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778030/edisi/selangor-kl/kanak-kanak-lemas-pasang-pagar-penutup-longkang-di-lokasi-kejadian

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MenteriBesar #Selangor #Lemas #JatuhLongkang

Category

🗞
News
Transcript
00:01Kerajaan negeri akan mempertingkatkan aspek keselamatan di lokasi seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan dihanyutkan arus deras di lorong
00:10cakara purnama Puncak Alam dengan memasang pagar keselamatan serta penutup longkang.
00:16Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, langkah segera itu penting bagi mengelakkan kejadian sama berulang di kawasan berkenaan.
00:24Menurutnya, antara tindakan yang akan dilaksanakan termasuk pemasangan pagar keselamatan serta penghadang atau penutup longkang di lokasi kejadian.
00:34Katanya orang ramai khususnya ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan mengelakkan mereka bermain di kawasan berisiko.
Comments

Recommended