Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Pemimpin Agung Iran Mojtaba Khamenei berkata masa depan Teluk adalah tanpa kehadiran Amerika Syarikat, sambil menegaskan pengurusan dan rangka undang‑undang baharu Selat Hormuz akan membawa kestabilan serta manfaat ekonomi serantau.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemimpin tertinggi Iran, Mojtabah Khomeini berkata masa depan teluk adalah tanpa kehadiran Amerika Syarikat sambil menekankan kepentingan pengurusan baharu selat
00:09hormus.
00:10Dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan oleh pejabatnya Sempena Hari Kebangsaan Teluk Farsi, Mojtabah berkata kehadiran kuasa asing khususnya Amerika
00:18Syarikat telah menjadi antara punca utama ketidakstabilan di rantau berkenaan.
00:24Beliau menambah bahawa satu fasa baharu sedang muncul di teluk berasaskan kerjasama negara-negara serantau tanpa campur tangan kuasa luar.
00:31Mojtabah berkata rangka kerja pengurusan baharu selat hormus akan membawa kestabilan, kemajuan dan manfaat ekonomi bersama kepada semua negara rantau
00:40teluk.
00:41Beliau menegaskan bahawa negara-negara serantau berkongsi nasib yang sama di teluk dan kuasa luar dari beribu-ribu kilometer jauhnya
00:47tidak mempunyai tempat dalam menentukan masa depan rantau itu.
00:50Kenyataan itu teruk merujuk kepada kemunculan apa yang disifatkan sebagai Orde Serantau Baharu Susulan Perkembangan Geopolitik Terkini.
00:59Mojtabah berkata demikian ketika ketegangan serantau memuncak susulan peperangan yang bermula pada 28 Februari antara Iran dengan AS dan Israel
01:07yang telah mengganggu aliran pekapalan serta bekalan tenaga melalui selat hormus.
01:11Walaupun gencatan senjata yang diumumkan pada 8 April masih bertahan setakat ini, usaha diplomatik diteruskan bagi mencapai perjanjian lebih menyeluruh
01:19termasuk berkaitan akses maritim dan keselamatan selat hormus.
01:23Iran menetapkan 30 April sebagai Hari Kebangsaan Teluk Parsi pada 2005 bagi memperingati pengusiran tentera Portugis dari selat hormus ketika
01:32era Safavid.
01:34Mojtabah dilantik sebagai pemimpin tertinggi Iran pada 9 Mac susulan kematian bapanya Ayatullah Ali Khamenei dalam serangan Amerika-Israel pada
01:4228 Februari lepas.
01:43Setakat ini, beliau hanya menyampaikan pendirian rasmi melalui kaitan bertulis.
Comments

Recommended