00:00Baik, Kerajaan Sabah akan terus memperkukuh usaha menjamin ketersediaan bekalan makanan khususnya di kawasan Sungai Sibuga meskipun berdepan kenaikan kos
00:08bahan api.
00:09Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Hendrus Anding berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan melalui jabatan
00:18dan agensi berkaitan.
00:19Untuk kawasan Dun Sibuga, Jabatan Pertanian Sabah telah melaksanakan lima projek pembangunan tanaman makanan seluas lima hektare masing-masing yaitu
00:34kelapa pandan, durian, musangking, mangga, harum manis dan cili.
00:40Selain itu, tiga orang petani telah menerima bantuan grant di bawah program pembangunan usahawan dan industri makanan berjumlah Rp65,980
00:57dan nilai jualan terkumpul adalah sebanyak Rp280,000 pada tahun 2025.
01:06Selain itu, melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, usaha turut dipertingkatkan bagi mengukuh rantaian bekalan makanan ternakan tempatan.
01:16Bagi memastikan keterjaminan makanan tidak terjejas di Sabah dan khususnya di Sungai Sibuga, Jabatan Perikanan telah merancang beberapa program seperti
01:30berikut.
01:30Satu, program keterjaminan makanan melalui peningkatan penghasilan akuakultur marin dan air tawar.
01:39Kedua, program pengukuhan pengusaha akuakultur dan pengukuhan nelayan setempat.
01:46Ketiga, pemerkasaan dan pengukuhan industri pembenihan akuakultur marin.
01:51Yang keempat, program bantuan penternak skala kecil dan pengeluar benih ikan air tawar termasuk bantuan baka induk.
02:03Yang kelima, program bantuan kepada pengusaha komersil spesies bernilai tinggi.
02:09Yang keenam, inisiatif ekonomi biru perikanan.
02:16Ketujuh, pengukuhan produk hiliran perikanan dan transformasi sosial ekonomi nelayan B40.
02:23Langkah ini meliputi penyediaan insentif, latihan kecekapan ladang, penyelidikan teknologi serta pemerkasaan rantaian bekalan bagi mengurangkan kos operasi dan kebergantungan
02:33kepada input-import.
02:35Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan adun sungai Sibuga berhubung strategi kerajaan negeri dalam memastikan bekalan makanan kekal mencukupi di
02:44Sabah.
Comments