00:00Penyedia aplikasi emas digital MHS Gold menyasarkan 1 juta pengguna aktif dalam usaha memperluaskan akses pemilikan emas di Malaysia sejajar
00:09pertumbuhan minat terhadap pelaburan alternatif.
00:12Pengasasnya Muhammad Hifsan Saifuddin berkata, sasaranya didorong keupayaan platform berkenaan yang memudahkan pengguna membeli dan mengurus pegangan emas secara dalam
00:22talian melalui pendekatan lebih interaktif serta mesra pengguna.
00:28Kata beliau, strategi pengembangan rangkaian ejen sehingga 10,000 orang turut menjadi pemacu utama bagi meningkatkan penembusan pasaran,
00:37di samping memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan pemilikan aset selamat dalam kalangan masyarakat.
00:44Inisiatif itu menurutnya bukan sahaja memperluas akses kepada pelaburan emas, malah membuka peluang ekonomi kepada ejen profesional yang terlibat dalam
00:52ekosistem platform ini.
00:54Jelas beliau, aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store itu membolehkan pengguna membeli emas
01:02pada bila-bila masa dengan lebih mudah.
01:05Muhammad Hifzhan berkata, setiap pembelian adalah disandarkan kepada emas fizikal yang disimpan secara selamat memberikan keyakinan bahawa setiap pegangan mempunyai
01:16sandaran terhadap aset sebenar.
01:18Dibangunkan dengan elemen interaktif, aplikasi ini bukan sekadar platform jual beli emas tetapi turut menawarkan pengalaman yang lebih menarik dalam
01:27membantu pengguna membina pegangan emas secara lebih teratur dan konsisten.
01:33Melalui aplikasi ini, pengguna juga boleh menetapkan sasaran sendiri serta memantau perkembangan pegangan emas mereka dengan lebih jelas dan tersusun,
01:42menjadikan proses pemilikkan emas lebih mudah diurus dalam jangka masa panjang.
01:47Beliau berkata demikian pada pelancaran aplikasi itu baru-baru ini.
01:52Pada majlis itu, pelakon Yana Samsudin diumumkan sebagai duta jenama MHS GUL.
01:58Terima kasih.
Comments