Skip to playerSkip to main content
  • 32 minutes ago
Blok politik Syiah terbesar di Iraq, Coordination Framework, menamakan tokoh perniagaan jutawan Ali al-Zaidi sebagai calon Perdana Menteri. Presiden Iraq, Nizar Amedi turut mengundang Zaidi untuk membentuk kerajaan baharu, dengan beliau kini mempunyai tempoh 30 hari untuk membentuk kabinet dan mendapatkan kelulusan parlimen di bawah sistem perkongsian kuasa negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita teruskan beletin dengan laporan antarabangsa, Blok Politik Syiah Irak yang dikenali sebagai Koordination Framework kepada Isnin menamakan Ali Al
00:10-Zaidi sebagai calon mereka untuk jawatan Perdana Menteri negara itu.
00:15Kenyataan dari gabungan tersebut memaklumkan Presiden Irak, Nizar Ahmedi telah menjemput Ali Al-Zaidi sebagai calon daripada Blok Parlimen Terbesar
00:23untuk membentuk kerajaan baru.
00:29Koordination Framework merupakan gabungan beberapa puak politik yang berhaluan syiah dan mempunyai hubungan rapat dengan Iran.
00:35Jelas kaitan berkenaan Ali Al-Zaidi yang berusia lingkungan 40-an merupakan seorang jutawan Irak dengan kepentingan perniagaan merangkumi pelbagai
00:43sektor termasuk perbankan.
00:45Ini termasuk pembekalan program bakul makanan kerajaan Irak yang telah memberi manfaat kepada jutaan rakyat negara itu.
00:51Selain itu, mengikut perlembagaan Irak, Zaidi kini mempunyai tempoh selama 30 hari untuk membentuk barisan kabinet dan mengemukakannya kepada Parlimen
01:00bagi mendapatkan kelulusan.
01:02Sehubungan itu, sistem perkongsian kuasa di Irak diwujudkan bagi mengelakkan konflik berasaskan perbezaan mazhab dengan menetapkan jawatan Presiden disandang oleh
01:10kaum Kurd Perdana Menteri oleh golongan syiah,
01:13Markler Speaker Parlimen pula daripada golongan suni.
Comments

Recommended