Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Sekurang-kurangnya empat individu terbunuh manakala 51 yang lain cedera susulan serangan udara dilancarkan tentera Israel ke atas beberapa kawasan di selatan Lubnan pada Isnin. Mangsa termasuk seorang wanita yang maut, sementara antara yang cedera terdapat kanak-kanak dan wanita. Serangan itu dilaporkan berlaku meskipun gencatan senjata telah diisytiharkan sebelum ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya empat individu terbunuh manakala 51 yang lain cedera dalam serangan udara tentera Israel ke atas kawasan di selatan
00:09Lubnan pada Isnin.
00:11Menurut Agensi Berita Nasional Lubnan, NNA, seorang wanita antaramangsa yang disahkan maut.
00:20Jelas agensi itu asli pematawan berdepati pesuat pejuang Israel melancarkan serangan yang menyasarkan bandar Majdal Zun di daerah Tayar.
00:28Jelasnya tentera Israel telah menjalankan operasi pemusnahan di kawasan Hanin termasuk melaksanakan satu lagi letupan berskala besar di Cihini.
00:36Cihini bukanlah satu-satu kawasan yang diserang. Serangan udara Israel teruk menyasarkan pekan Hadassah Brashid dan Haris.
00:44Dalam pergembangan sama kawasan Alman Ash Shomariah di daerah Nabati dilaporkan menjadi sesaran tembakan artileri secara berselang seli menegah satu
00:52lagi serangan udara menyasarkan kawasan Antriqana dan Sidikin.
00:56Menurut kerajaan Lubnan, lebih 2,520 orang terbunuh, lebih 7,800 cedera dan lebih 1.6 juta penduduk terpaksa dipindahkan
01:04akibat serangan Israel di seluruh negara itu sejak 2 Mac lalu.
01:08Sebelum ini pada 17 April, gencatan senjata selama 10 hari disediharkan antara Lubnan dan Israel namun Tel Aviv didakwa berulangkali
01:15melanggar perjanjian itu.
Comments

Recommended