Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Perkembangan positif itu disebabkan EU kini melihat rantau Asia Tenggara sebagai sebuah blok strategik dan penting berikutan pengenaan tarif unilateral Amerika Syarikat (AS) serta ketidakstabilan akibat konflik Rusia-Ukraine.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dan Kesatuan Eropah EU kini pada peringkat akhir untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas FTA dan memuktamadkan perkongsian komprehensif dalam
00:11usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan dua halak.
00:15Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan berkata, perkembangan positif itu disebabkan EU kini melihat rantau Asia Tenggara sebagai sebuah blok
00:23strategik dan penting berikutan pengenaan tarif unilateral AS serta ketidakstabilan akibat konflik Rusia-Ukraine.
00:34Tanpa menyatakan tempoh masa tertentu untuk menandatangani perjanjian itu, beliau berkata Malaysia mahu memutamatkannya dengan kadar segera supaya boleh menjadi
00:44pemangkin dalam usaha merancarkan perdagangan antara Malaysia dan EU.
00:47Perkara itu antara yang dibincangkan beliau ketika mengadakan pertemuan dua halak bersama wakil tinggi EU untuk hal ehwal luar dan
00:54dasar keselamatan kaya kalas di luar mesyuarat peringkat Menteri ASEAN EU ke-25 di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Isnin.
01:02Pada 25 September tahun lepas, pesuruh jaya perdagangan EU Marosh Shevcovic dilaporkan berkata, FTE Malaysia dan EU dijangka dimuktamadkan tahun
01:12ini dengan nilai perdagangan antara Malaysia dan Eropah yang mencecah 46 bilion euro dijangka berkembang dengan pesat sebaik perjanjian itu
01:20dilaksanakan.
01:21Mohd berkata pada pertemuan dengan Kalas juga, beliau turut membangkitkan kempen anti minyak sawit yang kuat di Eropah.
01:27Beliau menegaskan kempen itu sama sekali tidak berlandaskan kepada asas-asas saintifik, sebaliknya digerakkan oleh pelobi-pelobi industri minyak pesaing
01:36dari negara jiran.
01:37Menurut beliau, Kalas memahami serta bersetuju dengan asas hujah yang dikemukakan Malaysia dan menyatakan kesediaan pihak EU untuk membantu menangani
01:46kempen ketidakadilan tersebut.
01:48Berhubung mengenai Peraturan Penyahutanan EU, EUDR, Mohd menggesa agar tidak menyamakan tahap kelestarian hutan Malaysia dengan amalan di negara-negara
01:56lain.
01:57Menurut beliau, muka bumi Malaysia melebihi 55% masih lagi diliputi hutan tropika dan Malaysia tidak memusnahkan hutan untuk menanam
02:06kelapa sawit.
02:07Majoriti industri kelapa sawit di Malaysia diuruskan secara profesional oleh syarikat-syarikat peladangan besar yang mematuhi sepenuhnya pihawayan minyak sawit
02:15mampan Malaysia.
02:16Sehubungan itu, beliau meminta EU membuat penelitian terperinci mengenai pengurusan lestari estrik kelapa sawit di Malaysia yang telah diiktiraf dengan
02:24standar yang tinggi sebelum mengenakan sebarang diskriminasi.
02:28Dalam hal itu, Muhammad berkata fokus Malaysia kini adalah mengeksport minyak sawit yang telah diproses dan mempunyai nilai tambah yang
02:35lebih tinggi dan bukan sekadar mengeksport minyak sawit mentah.
02:38Katanya minyak sawit diproses bukan sahaja digunakan sebagai minyak masak, malah digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor industri hiliran yang
02:46lain termasuk pembuatan coklat.
02:48Beliau berkata dengan penjelasan berterusan, EU diharap akan lebih memahami amalan sebenar pengurusan industri sawit di Malaysia dan tidak lagi
02:56melindungi pelobi-pelobi anti sawit yang boleh menjejaskan nilai perdagangan antarabangsa.
Comments

Recommended