Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Hasrat tiga pemuda untuk ke Segamat, Johor berakhir dengan tragedi apabila mereka terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Jalan Felda Hutan Percha, Alor Gajah pada petang semalam. Dalam kejadian itu, seorang mangsa maut di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Pihak polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah lori di jalan Felda Hutan Perca, Alugajah pada petang
00:08semalam.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Alugajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar, seorang mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian,
00:16manakala dua lagi rakannya disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.
00:25Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, polis mendapati kereta yang dinaiki empat individu tersebut sedang dalam perjalanan
00:32dari Melaka menghala ke Segamat.
00:34Jelas Ahmad, siasatan di tempat kejadian mendapati kenderaan berkenaan di Percay hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan
00:40sebelum bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah tebung menuju ke Ceng.
00:44Impak pelanggaran itu telah menyebabkan penumpang di tempat duduk belakang sebelah kanan menengah dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
00:52Manakala dua lagi mangsa lelaki iaitu pemandu berusia 23 tahun dan seorang penumpang berusia 24 tahun disahkan menengah dunia di
00:58hospital Melaka ketika menerima rawatan.
01:01Seorang penumpang wanita berusia 23 tahun yang turut berada dalam kenderaan tersebut masih menerima rawatan di hospital sama dan berada
01:08dalam keadaan stabil.
01:09Menurut Ahmad, pemandu lori berusia 59 tahun serta kelindahnya 28 tahun turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital tampin untuk
01:17rawatan lanjut.
01:18Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
01:26Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor
01:34Nurul Salina Rosli di talian 011 2543 5507 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Comments

Recommended