- 4 hours ago
ETCon26 menampilkan perbincangan mengenai peralihan tenaga dan peranannya dalam menyokong pertumbuhan ekonomi berasaskan kecerdasan buatan, bersama Ketua Pegawai Kanan Rangkaian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Mahathir Nor Ismail bagi mengetahui lebih lanjut tentang persidangan ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:08Terima kasih kerana masih lagi menonton Niagawani.
00:11Dalam pada kita berbincang ini, kita nak fokus terhadap landscape global pada hari ini
00:16yang fokuskan tentang kecerdasan buatan atau AI yang berkembang dengan begitu pantas.
00:22Memacu pertumbuhan pusat data, ekonomi digital dan cara baru kita berinteraksi dengan teknologi.
00:28Namun di sebalik kemajuan yang pantas ini, satu persoalan asas mungkin diberi perhatian
00:33di mana bagaimana sistem tenaga negara dapat menyokong keperluan AI yang semakin kompleks
00:39dan juga intensif tenaga secara mampan dan juga berdaya tahan.
00:43Jadi menyedari kepentingan hubungan rapat antara perlihan tenaga dan juga pembangunan ekonomi digital,
00:49The Energy Transition Conference 2026 atau ETCon 26 dianjurkan sebagai platform penting
00:56untuk bincangkan masa depan tenaga dalam era kecerdasan buatan.
01:01Jadi untuk bantu kita faham lebih lanjut tentang penganjuran ini bersama saya dalam studio adalah
01:06Encik Insinyur Mahathir Nur Ismail, Ketua Pegawai Kadar Rangkaian Tenaga Nasional Berhatian Bi.
01:12Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01:13Apa khabar? Baik?
01:15Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi bersama dengan kami dalam studio.
01:19Mungkin secara ringkas lah kalau nak buka perbincangan ini,
01:22Encik Mahathir kongsikan berkenaan dengan ETCon 26 ini dan mungkin apakah objektif pengajurannya?
01:29Energy Transition Conference 2026 ataupun ETCon 26 adalah merupakan satu platform strategik
01:35untuk menggalakkan dialog perlaksanaan yang berkaitan dengan peralihan tenaga
01:40ataupun bahasa Inggerisnya disebut sebagai Energy Transition
01:43melibatkan bukan sahaja Malaysia namun juga di sekitar rantau ASEAN.
01:49Objektif utamanya Nabilah adalah untuk menyelaraskan dasar, pelaburan dan juga kemajuan teknologi
01:56dalam satu ekosistem yang kolaborasi untuk memastikan bahawa semua pihak
02:02termasuk pengubah dasar, pemain industri dan juga pelabur serta masyarakat adalah terlibat sama.
02:09Jadi tengok untuk ETCon 26 ini, kita kembali dengan visi yang lebih berani
02:15berbanding dengan 2-3 tahun sebelum ini Nabilah.
02:18Jadi kali ini kita cuba untuk membawa energi ataupun tenaga dan juga AI
02:24bersekali sebagai satu sinergi untuk membawa negara kita dan juga rantau ASEAN kita
02:29ke arah yang lebih pintar dan juga lebih mampan.
02:34Untuk ETCon 26, kita memiliki satu tema yang bertemakan Energy and AI
02:41The Synergy for Energy Transition.
02:44Ianya disokong oleh tiga trust ataupun content pillar yang utama.
02:48Pertama adalah Energy for AI.
02:51ia bermaksud bahawa ekosistem AI ini Nabilah memerlukan energi
02:56ataupun pembekalan tenaga yang agak tinggi dan agak stabil.
03:01Yang kedua adalah AI for Energy.
03:04Bermakna bahawa AI ini boleh kita guna pakai, boleh kita manfaatkan
03:08untuk memastikan bahawa sistem tenaga kita lebih cekap, lebih efisien dan lebih berdaya harap.
03:14Dan yang ketiga adalah ET ataupun Energy Transition, Peralihan Tenaga for People.
03:20ianya membawa maksud bahawa Peralihan Tenaga ini mahu kita jadikan lebih inklusif
03:25supaya ianya memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.
03:29Jadi Nabilah, ETCon 26 akan berlangsung daripada 3 hingga 5 Jun 2026 di Kuala Lumpur Convention Center.
03:38Itu seber sedikit tentang ETCon 26.
03:41Tarik, berdasarkan apa yang Encik Mahathir kongsikan tadi,
03:45tapi ada juga satu yang menarik perhatian saya adalah Energy for AI
03:48antara yang diketengahkan dalam penganjuran program ini.
03:51Tapi kalau boleh Encik Mahathir kongsikan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Energy for AI ini
03:56dan kenapa ia menjadi fokus utama pada ETCon 26 mungkin khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi negara.
04:03Okey. Energy for AI merujuk kepada keperluan tenaga elektrik yang semakin meningkat
04:09untuk menampung ekosistem artificial intelligence ataupun AI.
04:14Apakah ekosistem AI itu?
04:16Ekosistem AI termasuklah sistem pengkomputeran, termasuklah pusat data
04:22ataupun biasanya dipanggil sebagai data centers,
04:25termasuklah pembuatan maju ataupun dalam bahasa Inggerisnya advanced manufacturing,
04:30kilang-kilang yang menggunakan teknologi yang terkini.
04:32Dan yang terakhir adalah termasuk tentang mobility elektrik.
04:36Contohnya pengecas untuk elektrik vehikel yang semakin lama semakin bertambah.
04:41bukan sahaja di Malaysia namun juga di pasaran ASEAN.
04:44Jadi kita sekarang memasuki dekad di mana permintaan elektrik tidak lagi bersifat saiklik kitaran.
04:51Bermaksud kalau sekarang Nabila banyak penggunaan tenaga oleh kilang, oleh komersial, oleh domestik.
04:58Mungkin perubahan dia berubah demand dia ataupun loading dia daripada waktu jam dalam hari yang sama.
05:07Siang mungkin kurang, malam mungkin lebih ataupun sebaliknya.
05:09Namun dalam penggunaan beban terkini, contohnya yang melibatkan data center ataupun pusat data,
05:17ianya adalah sangat stabil.
05:19Penggunaannya untuk 24 jam selama 365 hari berasaskan kepada satu beban yang sama
05:26ataupun satu permintaan yang sama.
05:29So, ianya juga memerlukan kepada rendah karbon ataupun punca tenaga yang lebih bersih.
05:35Di Malaysia sahaja, kalau kita melihat kepada konteks data center ataupun pusat data di seluruh Malaysia,
05:43pada waktu ini Nabila terdapat 36 pusat data ataupun data center yang telah didirikan.
05:49Ianya melibatkan lebih daripada 4 gigawatt maksimum demand ataupun permintaan tenaganya, penggunaan tenaganya.
05:55Yang sedang di dalam pembinaan sahaja, terdapat 23 projek pusat data.
06:01Iaitu melibatkan lebih daripada 37 gigawatt keseluruhan.
06:06Dan yang di dalam perancangan di mana kita sedang berkolaborasi dengan pemain-pemain industri utama
06:14berkaitan tentang data center, terdapat 79 projek yang sedang dibincangkan di antara pihak TMB
06:21dengan pemain-pemain industri utama ini yang melibatkan lebih daripada 25,000 megawatt
06:28ataupun lebih daripada 25 gigawatt maksimum demand.
06:31Jadi, semua ini merupakan satu peluang daripada segi ekosistem artificial intelligence kepada negara
06:41namun perlu kita imbangkan dengan permintaan penggunaan tenaga di Malaysia pada masa akan datang.
06:47Jadi, ET CON26 memberikan kita landasan untuk bagaimana kita memberi keseimbangan
06:55daripada segi fokus kita berkaitan tentang energy for AI
06:59untuk memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi digital yang berkait tentang AI
07:04di Malaysia dan di Rantau ASEAN tidak menjejaskan keperluan sistem tenaga bekalan elektrik kita
07:10Nabilah pada masa depan. Jadi, di samping itu kita juga berharap selain daripada energy for AI
07:17saya juga ada sebutkan tadi bahawa AI for energy. Kita juga berharap dengan perkembangan ekosistem digital
07:25berasaskan AI di Malaysia yang berteraskan kepada pembangunan data center yang begitu banyak
07:30seperti bilangan yang telah saya sebutkan tadi. Ianya dapat memberi kita manfaat daripada segi
07:37mempertingkatkan kecakapan sistem bekalan elektrik kita yang membolehkan kita memberikan
07:42lebih manfaat kepada masyarakat daripada segi sistem bekalan elektrik yang berterusan
07:47dan yang lebih berdaya harap.
07:49Okey, sekarang jelas. Encik Mahdi pun dah jelaskan energy for AI itu ialah keperluan tenaga elektrik
07:55untuk yang semakin meningkat pada waktu ini untuk menyokong ekosistem AI itu sendiri.
08:00Tapi bagaimana sebenarnya TNB ataupun tenaga nasional berharap mainkan peranan
08:03untuk sedia menyokong keperluan tenaga bagi menyokong ekonomi AI ini pula?
08:08Encik Mahdi.
08:08Okey, Nabilah. Jadi, untuk memastikan bahawa kita boleh menyokong ekosistem AI ini
08:13kita perlu memperkukuhkan kesiap-siagaan sistem bekalan elektrik kita.
08:18Jadi, antara inisiatif utama tenaga nasional berharap adalah daripada segi memperkasakan
08:22sistem bekalan grid kita dengan grid pintar ataupun biasanya dipanggil sebagai smart grid,
08:28digitalization dan juga pelaburan dalam renewable energy ataupun tenaga boleh baharu.
08:35Teknologi seperti AI ini juga kita gunakan untuk capability yang berkait tentang predictive.
08:41Contohnya, load forecasting. Kita boleh meramalkan load dengan lebih pantas
08:45dengan capability AI yang boleh menyerap lebih banyak input ataupun data
08:50untuk melahirkan lebih banyak prediction ataupun output.
08:53Dan pada masa yang sama, kita boleh melaksanakan apa yang kita panggil sebagai
08:57predictive maintenance. Jadi, kalau selama ini, Nabilah,
09:01regime maintenance kita adalah berasaskan kepada segaraan, berasaskan time-based
09:07penyelenggaraan setiap 2 tahun ataupun 5 tahun, berasaskan kepada jenis aset yang tertentu.
09:13Namun, apabila kita beralih kepada kemampuan yang dimanfaatkan oleh artificial intelligence
09:19ataupun data analitik, kita boleh meramalkan bilakah komponen-komponen peralatan elektrik kita
09:24akan fail, akan gagal. Jadi, kita akan intervene atau masuk untuk melaksanakan
09:30pembaikan ataupun penyelenggaraan kita just before ramalan tersebut berlaku.
09:36Ianya boleh meningkatkan the whole cost efficiency kepada negara kita
09:40dan juga kepada utility seperti TNB.
09:43Apakah yang perlu TNB lakukan untuk memastikan bahawa kita boleh terus support
09:49peningkatan amount daripada segi investment di rantau ASEAN dan juga di Malaysia
09:54yang berkait tentang AI? Terutamanya dalam data center.
09:58Kami, Tenaga Nasional Berhad sendiri, Nabilah, telah memperuntukkan sekitar
10:04RM43 bilion Malaysia pada RP4 ataupun regulatory period yang bermula
10:11daripada tahun 2025 hingga 2027, 3 tahun RP4.
10:15Sekitar RM43 bilion untuk memperkukuh, memperkasa dan juga menyediakan grid kami
10:22dalam keadaan yang lebih berdaya harap.
10:24Kalau berbanding dengan RP3 iaitu 3 tahun sebelumnya, kita diperuntukkan cuma
10:29separuh daripada itu untuk melaksanakan peningkatan ataupun pengukuhan
10:33grid system kita ini. Jadi kami berharap dengan pengukuhan dan juga dengan
10:39peruntukan dana untuk membangunkan, mengukuhkan grid system kita ini
10:43dapat memastikan bahawa sistem kita lebih berdaya harap untuk pembangunan
10:49lebih banyak data center di Malaysia yang akan membawa kita kepada ekosistem AI
10:53yang lebih mantap pada masa hadapan. Selain daripada itu, TMB juga melabur dan
11:02negara kita melabur dalam penggunaan teknologi yang lebih terkini sebagai contoh
11:07bateri energy storage system yang mana dengan BESS diletakkan di dalam rangkaian
11:13utility kita, ianya membolehkan kita menyimpan tenaga boleh baharu renewable energy
11:20dalam keadaan ianya berlebihan semasa dijanakan dan juga menyalurkannya
11:25semula kepada grid kita dalam keadaan apabila demandnya diperlukan. Jadi
11:31ke semua pelaburan, ke semua peningkatan keupayaan grid system kita ini
11:39bukan saja menyokong dan juga memastikan bahawa pelaburan dalam data center
11:47dan juga ekosistem yang berkaitan dengan artificial intelligence dapat terus dipastikan
11:52namun yang lebih penting lagi memastikan bahawa masyarakat dan negara kita
11:56sentiasa menerima sistem bekalan elektrik yang berterusan. Bukan saja sekarang
12:01Nabila, namun juga pada masa akan datang.
12:03Kita pun nak gerak seiring dan juga sepantas selari dengan penggerakan teknologi
12:08ataupun technological advancement ini kan AI ini. Jadi bercakap soal ETCon 26 dengan
12:13penganjuran ia, apa mungkin hasil yang dijangkakan dalam memastikan synergy itu
12:19terus berterusan antara tenaga dan juga pembangunan kerjasama buatan itu.
12:23Baik Nabila, kami tenaga nasional berhad sangat berharap bahawa penganjuran ETCon 26 ini
12:30bukan saja merupakan satu platform di mana idea hanya ditukarkan di conference tersebut sahaja
12:36namun kita sangat berharap bahawa daripada idea yang dikongsikan bersama itu
12:42ianya dapat membawa kepada tindakan-tindakan, action plan yang lebih nyata dan yang lebih produktif
12:48yang memastikan bahawa penjajaran polisi ataupun polisi alignment, pemacuan pelaburan strategik
12:55daripada segi funding dan sebagainya dan juga pelaksanaan serta pembangunan teknologi
13:00yang berkaitan kejuruteraan dan yang seumpamanya seperti gerik pintar dan tenaga bersih
13:05dapat memastikan bahawa energy for AI dan AI for energy itu dapat kita manfaatkan pada masa hadapan.
13:14Persidangan ini juga Nabila diharapkan dapat menyatukan pegawai selia yang membuat dasar
13:23termasuklah kerajaan, menyatukan juga utility yang memiliki kepakaran daripada segi kejuruteraan
13:29dan sebagainya untuk membangunkan teknologi dan menyokong ekosistem ini
13:34termasuklah pelabur yang basically melaksanakan inovasi daripada segi pelaburan
13:40untuk memastikan bahawa keseluruhan perancangan ini dapat disupport dengan pelaburan
13:45yang memanfaatkan ke semua pihak serta juga industri dalam satu hala tujuh yang jelas
13:51iaitu memastikan pertumbuhan AI ini disokong oleh sistem tenaga yang mampan dan berdaya harap.
13:58Jadi Nabila kami sangat berharap bahawa kepada seluruh masyarakat kita ayuh
14:03sertailah ETCon26 dan bersama kita membentuk masa depan
14:08dan masa depan tenaga dan AI yang lebih pintar, bersih dan berdaya saing untuk Malaysia dan rantau ini.
14:17Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar sebagai peserta
14:21layarilah laman web rasmi ETCon26 kami Nabila
14:26di HTTPS, double titik, sengkang dan sebagainya
14:32boleh search etconference.com yang berkait dengan ETCon26
14:39dianjurkan oleh tenaga nasional berhad pada Jun 2026 di Kuala Lumpur Convention Center.
14:45Jangan lupa tarikhnya 3 hingga 5 Jun di Pusat Konfesional Kuala Lumpur
14:50dengan tema Energy and AI, The Synergy for Energy Transition
14:54dan kalau nak dapatkan maklumat lanjut boleh terus ke laman sesuatu yang disebutkan Encik Mahathir
14:59dan terima kasih kerjakan sekali lagi kepada Encik Insinyur Mahathir Nur Ismail
15:02Ketua Pegawai Kanan Rangkaian Tenaga Nasional Berhad TNB
15:05atas perkongsian atas penganjuran ETCon26 itu tadi
15:09dan segalanya akan kami rangkumkan dalam semua platform digital astroani dan juga astroawani.com
15:15Terima kasih kerana menonton!
Comments