00:00Jemaah Haji Malaysia dinasihatkan tidak merujuk persoalan ibadah kepada aplikasi kecerdasan buatan AI luar, sebaliknya menggunakan platform rasmi E-Type
00:09yang disediakan lembaga tabung haji bagi mengelakkan kekeliruan hukum akibat perbezaan pandangan mazhab.
00:15Penegasan itu dibuat susulan penggunaan meluas aplikasi AI umum yang berpotensi memberikan jawapan bercanggah dengan panduan ibadah haji Malaysia yang
00:24melandaskan keputusan muzakara haji sekaligus boleh menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan ibadah jemaah.
00:32Pengarah Operasi Bimbingan Haji TH, Syahrin Awaludin berkata buat julung kali TH memperkenal teknologi AI secara rasmi menerusi sistem E
00:42-Type, live chat yang boleh diakses jemaah pada bila-bila masa melalui aplikasi WhatsApp.
00:49Beliau berkata sistem itu dibangunkan khusus sebagai rujukan sah untuk jemaah haji Malaysia dengan jawapan berpandukan sumber rasmi TH yang
00:57disahkan oleh pakar rujuk ibadah haji.
01:01Nampak dia lebih mudah, maknanya untuk diakses dan dia lebih pantas sebab kita gunakan AI untuk menjawab persoalan jemaah itu
01:14sebelum kita punya petugas E-Type kita sambunglah kalau ada persoalan-persoalan yang AI jawab tak boleh nak jawab ataupun
01:23kurang tepat kita punya petas kita yang menjaga E-Type ini akan
01:29akan take over soal jawab tersebut dan akan memberikan jawapan yang ditanya oleh para jemaah.
01:38Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui media di Mekah.
01:42Menurut Syahrin, pendekatan tersebut penting bagi memastikan setiap persoalan ibadah dijawab secara selari dengan amalan dan mazhab yang digunakan di
01:52Malaysia berbanding aplikasi AI luar yang mungkin mengambil pandangan berbeza sehingga mengelirukan jemaah.
01:59Beliau berkata antara persoalan paling kerap dikemukakan jemaah menerusi E-Type ialah berkaitan dam, larangan ikhram termasuk rambut gugur dan
02:09penggunaan wangian selain isu fik wanita.
02:12Syahrin menambah penggunaan E-Type digalakkan kerana ia percuma, mudah diakses serta menggunakan rujukan rasmi sekaligus mengelakkan jemaah daripada bergantung
02:22kepada aplikasi luar yang tidak mengambil kira konteks pengurusan dan panduan ibadah haji Malaysia.
02:29Terima kasih kerana menonton!
Comments