00:00Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menegaskan, beliau bukan sekadar budak catur, sebaliknya antara individu yang sentiasa bersedia mempertahankan
00:09agama, bangsa serta prinsip perjuangan parti.
00:12Ahli Dewan Undangan Negeri Melimau itu berkata, beliau antara pemimpin yang berdepan secara langsung dengan kepimpinan DAP, termasuk melalui tindakan
00:19mahkamah dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan kesucian Islam.
00:27Akmal mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Makno yang melabelnya sebagai budak catur kepada Presiden UMNO, Datuk Seri
00:33Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapannya di Melaka pada Sabtu.
00:37Menurut Sanusi, Akmal lantang mengkritik DAP, namun hanya memainkan peranan itu kerana ia ditentukan oleh kepimpinan parti.
00:44Akmal turut melahirkan kekecewaan terhadap kandungan ceramah Sanusi yang lebih bertumpu kepada serangan peribadi berbanding mengemukakan cadangan untuk membangunkan Melaka.
00:55Beliau turut menggesa Sanusi menasihati Ahli Dewan Undangan Negeri Rembiah, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang menyertai PAS dari UMNO supaya
01:02tidak mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.
01:05Jailani didakwa kerap tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri Melaka akibat cuti sakit, namun mampu menghadiri ceramah politik.
01:12Kata Akmal, rakyat Melaka akan menilai prestasi wakil rakyat masing-masing pada pilihan raya negeri akan datang bagi menentukan siapa
01:19yang benar-benar menjalankan tanggungjawab dan siapa yang mengabaikannya.
Comments