00:01Keputusan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau USNO keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah atau GRS dilihat tidak menggugat kerajaan negeri, namun
00:12langkah itu menimbulkan persoalan tentang identiti dan hala tujuh parti tersebut.
00:16Penganalisis dari Universiti Malaysia Sabah Syahrudin Awang Ahmad berkata tindakan itu berisiko. Menurutnya USNO boleh terus merosot jika gagal membina
00:27identiti politik baharu dalam masa terdekat.
00:30Beliau menjelaskan pengaruh USNO kini semakin kecil berbanding parti lain dalam kerajaan negeri. Walaupun begitu, masih ada peluang untuk bangkit
00:40jika parti itu mampu tampil dengan idea dan naratif yang lebih segar.
00:44Sementara itu Arvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara berkata USNO sukar tarik sokongan anak muda. Katanya imej parti masih dibayangi
00:53kepimpinan lama dan amalan dinastik.
00:56Secara keseluruhan penganalisis melihat laluan USNO selepas keluar GRS agak mencabar. Parti itu perlu membuat perubahan besar terutama dari segi
01:06kepimpinan dan strategi jika mahukakan relevan dalam politik Sabah.
Comments