00:00Cadangan Syahidhan Qasim supaya PN, BN dan PKR membentuk kerajaan campuran disifatkan tidak realistik dan berisiko mencetuskan ketidakstabilan politik baru.
00:13Penganalisis Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata idea itu lebih mirip eksperimen politik
00:22yang boleh mengulangi episod pasca PRU14 apabila Malaysia bertukar 3 Perdana Menteri dalam tempoh 5 tahun.
00:31Menurutnya, PN sedang mencari oksigen politik.
00:35BN masih bergelut memulihkan imej, manakala PKR pula hampir mustahil meninggalkan DAP
00:42kerana hubungan mereka menjadi asas sokongan pengundi bandar dan progresif.
00:47Zaharuddin turut memberi amaran cadangan BN keluar kerajaan seperti disaran Ketua Pemuda UMNO
00:54berisiko memakan diri kerana BN boleh dilihat oportunis dan menambah ketidaktentuan ketika rakyat mahukan kestabilan ekonomi.
01:05Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan cadangan Syahidhan
01:10menibulkan persoalan besar tentang jawatan Perdana Menteri kerana PKR yang kecil
01:16tidak memungkinkan Anwar Ibrahim dilantik kecuali PN bersedia menyokongnya.
01:23Mazlan menegaskan sebarang perpecahan besar hanya melahirkan kerajaan lemah
01:27dan dengan baki penggal sekitar 2 tahun, pemimpin utama kerajaan sedar,
01:33konflik politik perlu diredekan demi menumpukan agenda nasional.
Be the first to comment