00:00Pertandingan jawatan naib presiden pada pemilihan PAS bulan depan dilihat penting kerana menggambarkan pemimpin masa depan parti jika Hadi Awang memutuskan berundur.
00:10Penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata,
00:15seorang daripada tiga pemimpin di kerusi itu mungkin mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden jika Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih pimpinan daripada Hadi.
00:24Tiga penyandang naib presiden Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Bagan Serai Idris Ahmad dan Speaker Don Kelantan Muhammad Ammar Abdullah mendapat pencalonan mencukupi bagi bertanding jawatan itu.
00:40Turut dicalonkan Menteri Besar Kedah Sanusi Nur.
00:43Pemerhati berpendapat jika Sanusi bersetuju bertanding,
00:46beliau dijangka memberi saingan kepada Samsuri bagi merebut satu kerusi yang secara tradisi dikhususkan untuk kumpulan profesional dan aktivis.
00:57Pengarah Ezeketif Ilham Center, Isamuddin Bakar turut senada pemilihan naib presiden menjadi perhatian kerana membabitkan corak kepimpinan masa depan parti pembangkang utama negara ketika ini.
Be the first to comment