00:00Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia memberi amaran
00:05amalan menyembunyikan maklumat jawatan kosong berisiko memburukkan masalah pengaguran belia.
00:11Presiden UniMLC Syafi'i P.P. Mamal berkata,
00:15masalah sebenar bukan kekurangan bakat,
00:18sebaliknya kurangnya ketelusan dalam penyebaran maklumat peluang pekerjaan.
00:23Beliau mendakwa ketika ini, iklan jawatan kosong disebarkan di portal persendirian,
00:27kumpulan WhatsApp dan rangkaian tertutup yang disifatkan tidak adil.
00:32Bagi menangani masalah itu, kerajaan mencadangkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Perkerjaan 2017
00:39dengan menambah Seksyen 45F yang mewajibkan majikan meiklankan semua kekosongan jawatan ke portal MyFutureJobs.
00:49Menurut Syafi'i, majikan masih boleh menggunakan platform lain seperti Jobstreet atau LinkedIn,
00:54namun MyFutureJobs akan menjadi asas minimum supaya rakyat tahu disitulah peluang kerja mesti dipaparkan.
01:02Beliau menegaskan pindaan itu bukan bertujuan membebankan majikan,
01:07sebaliknya memastikan rakyat Malaysia tidak terpinggir daripada peluang pekerjaan hanya kerana maklumat disembunyikan.
Comments