00:00Pengunduran Puan Zarkashi daripada UMNO hidupkan semula soalan tentang sejauh mana autonomi UMNO Johor dalam membuat keputusan politik.
00:10Isu ini turut mengimbau kembali peristiwa selepas PRN Johor 2022.
00:15Ketika itu, Hasni Mohamad menjadi poster boy Barisan Nasional atau BN sepanjang kempen.
00:20Namun, selepas gabungan itu menang besar, pun Hafiz Ghazi pula dilantik sebagai Menteri Besar selepas mendapat perkenal istana.
00:30Penganalisis dari Global Asia Consulting Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata isu ini membuka semula perdebatan mengenai sempadan kuasa antara
00:39parti politik dan institusi raja berpelembagaan.
00:42Katanya rakyat perlu membezakan proses pelembagaan dengan dawaan campur tangan politik.
00:49Menurut beliau, mandat daripada pilihan raya tidak semestinya memberi kuasa mutlak kepada parti.
00:54Namun, perkenal istana juga tidak boleh terus dianggap sebagai campur tangan dalam urusan politik.
01:01Sementara itu, penganalisis dari Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata hubungan antara istana dan politik di Johor memang unik.
01:10Sebab itu, situasi di negeri tersebut suka dibandingkan dengan negeri lain.
01:15Azmi turut berpandangan tindakan puat keluar UMNO tidak akan memberi kesan besar kepada parti.
01:21Katanya isu itu lebih bersifat peribadi dan tidak menjejaskan momentum UMNO menjelang PRN Johor.
Comments