Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Peranan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah rundingan damai antara Israel dan Lubnan diteruskan apabila satu lagi sesi perbincangan dijadual berlangsung pada Khamis ini di Washington
Transcript
00:00Ini pula perkara kedua berkemungkinan berlaku pada Khamis. Ia mengenai usaha meredakan ketegangan antara Israel dan Lubnan.
00:09Rundingan damai ini akan dilakukan di Washington selaku orang tengah.
00:14Memetik Reuters perbicaraan itu akan diadakan di Jabatan Negara Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada inisiatif gencatan senjata yang sedang diusahakan
00:25Washington.
00:26Pegawai Jabatan Negara itu memaklumkan Amerika Syarikat akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam dialog antara kedua-dua pihak
00:35bagi mencari penyelesaian konflik namun enggan mendedahkan identitinya.
00:40Sebelum ini, Wakil Israel dan Lubnan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik telah mengadakan pertemuan pada 14 April di lokasi sama
00:49yang dianggap sebagai langkah awal ke arah rundingan lebih formal.
00:53Selepas itu, Presiden Donald Trump mengumumkan gencatan senjata selama 10 hari bagi meredakan ketegangan antara Israel dan Hezbollah.
01:03Namun, beberapa insiden serangan kecil masih dilaporkan berlaku walaupun gencatan senjata sementara.
Comments

Recommended