00:00Sebuah kapal perang Amerika Syarikat telah melalui selat Melaka pada hujung minggu lalu.
00:07Mematik Reuters, perkara itu disahkan Tentera Laut Indonesia pada Isnin
00:11yang menambah tindakan kapal itu adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa.
00:17Jurucakap Tentera Laut Indonesia Laksamanda Muda Tunggul berkata kapal perang itu
00:22melalui selat yang bersempadan dengan Malaysia, Indonesia dan Singapura itu pada Sabtu.
00:27Jurucakap Komando Indo-Pasifik Tentera Amerika Syarikat, Komanda Tentera Laut Matthew Comer mengenalpasti kapal itu
00:32sebagai USS Miguel Keith yang berpangkalan di Jepun dan sedang berada di laut bagi melaksanakan operasi rutin
00:40di bawah Armada Ketujuh Amerika Syarikat.
00:42Comer tidak memberikan butiran mengenai destinasi kapal tersebut
00:46dengan menyatakan Tentera Laut Amerika tidak mengulas mengenai operasi atau pergerakan di masa depan atas sebab keselamatan.
00:54Beliau bagaimanapun berkata kapal itu telah menjalani penyelenggaraan di Korea Selatan pada awal April.
01:00Tentera Laut Amerika menyifatkan USS Miguel Keith sebagai kapal sepanjang 240 meter
01:06yang direka sebagai pangkalan arahan terapung yang boleh disesuaikan,
01:11dilengkapi untuk melancarkan helikopter dan bot kecil,
01:14menyediakan ruang kediaman untuk anggota tentera,
01:17serta kemudahan arahan dan kawalan.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments