Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Di Tanah Suci, jutaan manusia melangkah dalam arah yang sama. Mereka berpakaian serupa, menyebut lafaz yang sama, menghadap kiblat yang sama. Namun hakikatnya, setiap insan membawa perjalanan yang berbeza, ada yang singkat, ada yang panjang, ada yang penuh luka.

Kisah Mohamad Zamarul Hafiz Ho, jemaah haji dari Kedah, adalah antara perjalanan yang lahir daripada sunyi, diuji dengan kehilangan, dan dipandu sepenuhnya oleh kepercayaan kepada Tuhan.
Transcript
00:00Di Tanah Suci, jutaan manusia melangkah dalam arah yang sama.
00:04Mereka berpakaian serupa, menyebut lafaz yang sama, menghadap Qiblat yang sama.
00:09Namun hakikatnya, setiap insan membawa perjalanan yang berbeza.
00:14Ada yang singkat, ada yang panjang, ada yang penuh luka.
00:17Ikuti laporan Ihsan Yahya dan Hilal Azmi dari Mekah Al-Mukaramah
00:22mengenai kisah seorang mu'alaf yang dijemput menunaikan haji tahun ini.
00:26Kisah Muhammad Zamarul Hafiz Hu Juma'ah Dari Kedah adalah antara perjalanan yang lahir
00:33daripada Sunni diuji dengan kehilangan dan dipandu sepenuhnya oleh kepercayaan kepada Tuhan.
00:42Sebab Afatihah, selalu dari sini saya duduk-duduk kat sana, dia kerja kat sana dekat dengan masjid.
00:52Saya selalu kadang waktu solat maghrib, saya kadang duduk kat sana, luar sana santai.
00:59Lepas itu, sana ada baca Afatihah.
01:03Saya rasa, dia selalu Afatihah belakang itu, dia ada amin.
01:08Amin itu sama-sama.
01:10Saya melanah hati itu, tak tahu ada satu perasaan itu.
01:14Saya rasa, oh Islam itu macam bersatu.
01:20Dia tak macam Cina.
01:23Dia sini ada, sini ada, semua ikut masing-masing.
01:26Dia macam bersatu-satu, satu agama.
01:32Dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu datang tanpa sebab yang jelas,
01:37tetapi cukup kuat untuk membuatkan dia berfikir.
01:40Daripada sekadar mendengar dari luar,
01:43dia mula melangkah ke dalam masjid perlahan-lahan dan diam-diam.
01:48Dia duduk di belakang, memberhati.
01:51Apabila diajak solat, dia ikut sahaja, walaupun tidak tahu membaca.
01:57Dari situlah langkah kecil bertukar menjadi tekad besar.
02:01Dia mula mencari, belajar sendiri,
02:04menulis bunyi bacaan satu persatu,
02:07memahami maksudnya,
02:09membiasakan diri dengan doa dan solat,
02:11hingga akhirnya, pada tahun 2006,
02:14dia memeluk Islam secara senyap tanpa pengetahuan keluarga.
02:20Namun hidayah tidak datang tanpa harga.
02:25Apabila keluarganya tahu semuanya berubah,
02:27rumah diambil, kereta dirampas, hubungan terputus,
02:31dia diarahkan keluar tanpa alternatif.
02:34Hidup sederhana, menjadi teman setia,
02:37makan seadanya, kerja apa sahaja yang ada,
02:41berniaga kecil-kecilan.
02:42Tetapi dalam kesempitan itu,
02:45dia tidak pernah melepaskan satu perkara,
02:47doa untuk ibu dan ayahnya.
02:51Doa itu yang paling kuat terucap ketika pertama kali dia tiba di Tanah Suci
02:56untuk menunaikan umrah pada tahun 2011.
03:00Doa itu tidak dijawab setemerta,
03:02tetapi Allah menjawabnya dengan cara yang halus dan sempurna.
03:07Sedikit demi sedikit hubungan dipulihkan,
03:11perlukan mengganti jarak,
03:13kasih sayang menggantikan kecurigaan,
03:15akhirnya ibu dan bapanya sendiri menyatakan keinginan untuk memenuhi Islam.
03:23Apabila ditanya perasaan yang berada di Mekah dan Madinah,
03:27dia terdiam lama.
03:29Katanya, dia berasa tenang,
03:32tapi rasa kecil.
03:33Kita ini rupanya tak ada apa-apa.
03:38Tak yang cerita wajib itu,
03:40sebab saya try usaha.
03:42Try usaha, lapta saya,
03:43lepas itu,
03:44masa itu pun saya guna RM50,
03:47buka akaun dekat tabung haji.
03:49Mini belum buka.
03:51Masa ada buat offer percuma,
03:54dia datang sampai buat.
03:57Untuk RM10 boleh buka akaun,
03:59saya baru buka.
04:00Kita pun tak ada duit.
04:02Tapi kita paksa diri, paksa.
04:05paksa tiap-tiap bulan,
04:08tiap-tiap bulan atau
04:10keduakan RM200 untuk masuk ke tabung-tabung.
04:15Dan kita hariannya,
04:17hariannya,
04:19siling berkumpul-kumpul sampai RM500 masuk.
04:23Sampai RM500,
04:24sanggup hamil lah.
04:25Kita dua-dua itu sampai lah RM100,
04:27cepat-cepat pergi tabtah haji.
04:31Sebelum Islam,
04:32dia pernah menilai orang yang pergi ke Mekah
04:34sebagai memazir.
04:35sanggup belanja jauh untuk sesuatu yang tidak difahami.
04:39Bagi dia,
04:40haji bukan tentang hebat atau bangga.
04:42Dia tentang kembali menyedari
04:44siapa diri ini sebenarnya.
04:46Hamba yang penuh kekurangan.
04:49Perjalanan Muhammad Zamarul Hafiz Hu
04:50adalah bukti bahawa
04:52hidayah datang tepat pada waktunya.
04:55Dan Allah
04:56tidak pernah mensiasiakan
04:58langkah orang yang terus berusaha.
05:02Laporan Ishan Yahya dan Hilal Azmi
05:04dan Mekah Al-Mukarramah
05:06dan Mekah Al-Mukarramah
05:08dan Mekah Al-Mukarramah
05:09terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended