Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Langkah itu antara lain bagi menuntut penamatan konflik di Asia Barat susulan kesan kenaikan harga petrol dan barangan yang ditanggung rakyat.
Transcript
00:00Ribuan aktivis Filipina mengadakan protes di Manila pada Jumaat sempena hari pekerja.
00:05Langkah itu dilakukan untuk menuntut gaji lebih tinggi dan penamatan konflik di Asia Barat.
00:12Para penunjuk perasaan cuba mengadakan program berhampiran kedutaan Amerika Syarikat tetapi dihalang polis antirusuhan.
00:21Mereka kemudian berkumpul di lokasi yang lebih jauh di mana mereka membakar patung menyerupai Perdana Menteri Israel,
00:27Benjamin Netanyahu, President Amerika Syarikat Donald Trump dan President Filipina Ferdinand Marcos.
01:11Para aktivis menuntut kenaikan gaji harian secara menyeluruh kepada 1,200 peso atau bersamaan 78 ringgit,
01:2074 sen daripada 695 peso atau bersamaan 45 ringgit, 60 sen.
01:27Dengan sebab kenaikan harga barangan yang menurut mereka menjadi lebih teruk akibat konflik di Asia Barat.
01:36Sementara itu, Kesatuan Sekerja Turki bersama organisasi profesional dan kumpulan berhaluan kiri
01:41mengadakan protes di Istanbul pada Jumaat sempena hari pekerja.
01:45Rakaman menunjukkan ratusan penunjuk perasaan melawangkan penentangan ada di mana-mana
01:51sebelum berlaku pertembungan dengan polis yang cuba menghalang mereka daripada berkumpul di dataran Taksim.
01:58Pihak berkuasa turut melepaskan gas pemberih mata ke arah penunjuk perasaan
02:01sebelum cuba menyuraikan mereka menggunakan meriam air.
02:05Protes dan perarakan tradisional hari pekerja juga diadakan di bandar lain seperti Washington DC
02:11di mana ratusan penunjuk perasaan dijangka berarak di ibu negara Amerika Syarikat itu.
Comments

Recommended