Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata kerajaan republik itu akan terus memastikan perlindungan pekerja dalam semua keadaan ekonomi.
Transcript
00:00Indonesia pada Jumaat Umum Siri Inisiatif Pekerja memfokuskan kepada pemandu ekonomi gig dan pembantu rumah.
00:06Langkah itu bagi meningkatkan pelindungan mereka, pengagihan pendapatan serta keselamatan pekerjaan.
00:16Berucap pada sambutan Hari Pekerja Antarabangsa, Presiden Prabowo Subianto berkata,
00:21kerajaan akan mengawal selia pengaturan perkongsian hasil dalam sektor e-panggilan dan penghantaran
00:27bagi memastikan pendapatan yang lebih adil untuk pemandu.
00:31Katanya komisen dikenakan syarikat platform yang kini sekitar 20% akan dikurangkan kepada bawah 10%.
00:39Dasar itu ditetapkan di bawah Peraturan Presiden No. 27 Tahun 2026 mengenai Perlindungan Pekerja Pengangkutan Dalam Talian
00:47yang turut merangkumi peruntukan perlindungan sosial seperti insurans kemalangan kerja dan akses kepada perlindungan kesihatan nasional.
00:55Selain itu, Prabowo berkata kerajaan juga telah sahkan Undang-Undang Pelindungan Pembantu Rumah.
01:01Undang-Undang itu menyediakan peruntukan yang lebih jelas mengenai gaji, syarat pekerjaan dan pelindungan.
01:08Prabowo turut umumkan pengeluaran dekri Presiden No. 10 Tahun 2026 mengenai penubuhan pasukan petugas
01:15bagi mengurangkan pemberhentian kerja bertujuan memperkukuh pelindungan bagi pekerja yang berdepan kehilangan pekerjaan.
01:21Selain itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM500 triliun dalam perbelanjaan pelindungan sosial tahun ini untuk kumpulan berpendapatan rendah.
Comments

Recommended