Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Jenazah Nurfisya Zulkifli, 19, dibawa pulang ke Kuala Kangsar selepas bedah siasat di HRPZ II. Polis mengesahkan 61 kesan tikaman dan menahan dua individu bagi siasatan lanjut.
Transcript
00:00Dalam pada itu, jenazah mangsa Nurfisha Zulkifli, 19 tahun, dibawa pulang ke Kuala Kangsar sekitar jam 10.30 malam dari
00:08Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baru.
00:12Jenazah dijangka akan dikebumikan pagi ini.
00:18Jenazah pelajar berkenaan sebelum itu melalui proses bedah siasat dan dimandikan sebelum dan jenazah bertolak ke Kuala Kangsar.
00:25Menurut abang sulungnya, Muhammad Faris, ayah dan ibunya terlalu terkejut dan trauma dengan insiden yang menimpa anak kedua dari empat
00:33adik-beradik.
00:35Allahyarham Nurfisha atau dipanggil Fisha merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
00:41Keluarganya menemui Allahyarham minggu lalu sewaktu menghantarnya ke kediamannya untuk menyambung pengajian semester ketiga dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak
00:49-Kanak.
00:49Sementara itu, rakan serumah Allahyarham yang ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II memaklumkan kali terakhir berhubung dengannya
00:57pada sebelah malam kejadian.
01:00Last kali jumpa semalam, lepas tu semalam dah cakap hari ni nak buat kerja sama-sama kat bilik saya.
01:06Lepas tu kitorang tunggu.
01:09Tunggu apa?
01:11Kitorang tunggu pasal kita dapat berita yang ada hilang.
01:14Kitorang tak, kitorang...
01:16Dalam pukul apa?
01:18Dalam pukul satu dapat...
01:20Lekci dia cakap...
01:22Pukul satu pagi?
01:23Satu petang?
01:24Betul?
01:24Haa, minta nombor fisak.
01:29Kita tak tahu fisak kat mana.
01:32Media sebelum ini melaporkan mangsa ditemui oleh orang awam sekitar jam 12.30 pagi Jumaat di sebatang jalan di kampung
01:39Simah Ketereh.
01:41Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusof Muhammad maklumkan hasil pemeriksaan awam mendapati terdapat 61 kesan tikaman di badan mangsa.
01:48Difahamkan dua individu ditahan pihak polis malam tadi dan akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Comments

Recommended