Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis Kelantan menahan empat individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita 19 tahun dengan 61 kesan tikaman di Ketereh. Permohonan reman dibuat, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Transcript
00:044 individu berusia antara 19 ke 66 tahun di Rehman bagi membantu siasatan kes penemuan mayat pelajar kolej wanita dengan
00:1461 kesan tikaman berhampiran kawasan sawah di kampung Simah Ketereh pada Jumaat.
00:20Perintah Rehman dikeluarkan Magistret Amirul Ashraf Abdul Rashid di Mahkamah Kota Baru hari ini.
00:25Dua suspek utama lelaki masing-masing berumur 19 tahun di Rehman seminggu sehingga Jumaat manakala pasangan ibu bapa salah seorang
00:34suspek berusia 60 dan 66 tahun di Rehman 3 hari sehingga Isnin.
00:39Ketua Polis Kelantan Dato' Muhammad Yusof Mamad dalam satu kenyataan pada Sabtu memberitahu keempat-empat individu berkenaan ditahan sepasukan polis
00:47dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontingen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Kota Baru petang semalam dan awal pagi
00:55Sabtu.
00:55Kesemua mereka ditahan di dua tempat berasingan, masing-masing di Taman Murni, Jalan Abdul Qadir Adabi, Kota Baru dan Kampung
01:02Beluka Luas, Ketereh.
01:04Dalam operasi sama, polis turut merampas dua buah kereta, dua unit telefon bimbit, satu set pakaian, sepasang selipar, empat unit
01:12pelapik kaki serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.
01:17Kesemua tangkapan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian salingan air kencing mendapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
01:25Kes disiasat Mikro Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan
01:34tidak melebihi 40 tahun suatu sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.
Comments

Recommended