Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seorang wanita warga China berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari Aras 3 Terminal 2 KLIA. Polis mengklasifikasikan kes sebagai laporan kematian mengejut dan siasatan masih dijalankan.
Transcript
00:00Seorang wanita warga China disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari Aras 3 Terminal 2, lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA
00:072 pada Jumaat.
00:09Ketua Polis Daerah KLIA, SCPM Ravi berkata kerjalan itu berlaku kira-kira jam 2.20 petang.
00:16Menurut beliau, petugas dan pegawai keselamatan cuba untuk menenangkan mangsa ketika wanita itu sedang duduk di kawasan luar belkoni.
00:23Namun, cubaan itu gagal selepas wanita tersebut bertindak meronta dan terjun ke kawasan loading bay KLIA 2.
00:30Pasukan perubatan tiba di lokasi dan memberikan rawatan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
00:39Mangsa disahkan meninggal dunia pada 5.09 petang ketika menerima rawatan.
00:44Hasil semakan mendapati mangsa dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China pada Sabtu.
00:49Ravi berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut dan punca kejadian masih dalam siasatan.
00:55Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi ibu pejabat polis daerah KLIA di talian 03
01:03-8776-8222 bagi membantu siasatan.
Comments

Recommended