00:00Pemimpin Hezbollah Naim Qasim berkata genjatan senjata selama 10 hari yang sedang berlangsung dengan Israel tidak boleh bersifat sebelah pihak.
00:09Beliau turut berikrar bahawa pejuangnya akan bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan.
00:17Dalam satu kenyataan menarik perhatian mengenai makna genjatan senjata iaitu bermaksud penghentian sepenuhnya semua permusuhan.
00:26Beliau menambah disebabkan Hezbollah tidak mempercayai musuh iaitu Israel, pejuang penentangan akan kekal di medan dengan jari dipicu senjata.
00:36Malah katanya Hezbollah akan bertindak balas terhadap sebarang pelanggaran genjatan senjata.
00:42Ujah beliau tiada genjatan senjata daripada pihak penentangan sahaja disebabkan ia mesti daripada kedua-dua pihak.
00:49Beliau juga memberi reaksi pertamanya sejak gecata senjata berkuat kuasa pada tengah malam Khamis atau pukul 5 pagi waktu Malaysia
00:57Jumaat
00:58dengan syarat-syaratnya dikongsi oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.
01:03Naim menyifatkannya sebagai penghinaan kepada Lubnan bahawa Amerika Syarikat bercakap bagi pihak kerajaan negaranya.
01:09Gecata senjata itu berlaku beberapa hari selepas Duta Lubnan dan Israel ke Amerika Syarikat bertemu di Washington
01:17sebelum rundingan langsung dirancang antara kedua-dua negara yang pertama dalam beberapa dekad.
01:24Hezbollah yang disokong Tehran telah menarik Lubnan ke dalam konflik Asia Barat pada 2 Mac dengan menyerang Israel
01:31sebagai balasan terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamini yang mencetuskan siri serangan udara Israel.
Comments