00:00Seterusnya, pembangkang dilaporkan tidak berdepan sebarang masalah sekiranya pilihan raya umum PRU diadakan lebih awal kerana telah bersedia sepenuhnya untuk
00:11menghadapi kemungkinan tersebut.
00:13Menurut bekas Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, sebarang keputusan kerajaan untuk membubarkan Parlimen akan
00:22disambut dengan kesiapsiagaan penuh oleh jentera pembangkang di semua peringkat.
00:30Ujah beliau langkah mengadakan PRU lebih awal lazimnya diambil oleh kerajaan yang merasakan kedudukan mereka berada dalam keadaan kukuh.
00:39Tambahnya, tindakan tersebut boleh dilihat sebagai satu strategi politik bagi menguji reaksi pembangkang sebelum sebarang keputusan muktamat dibuat.
00:48Selain itu, Hamzah berpandangan bahawa pihaknya memilih untuk tidak terlalu memberi reaksi terhadap spekulasi politik semasa, sebaliknya memberi tumpuan kepada
00:58usaha mendekati rakyat.
01:00Menurutnya, pendekatan berhema itu penting bagi memastikan fokus kekal kepada isu rakyat selain menjadi petunjuk terhadap sokongan semasa yang diterima.
01:09Mengulas laporan mengenai lebih 6,000 bekas ahli UMNO yang berhasrat menyentai semula parti berkenaan, Hamzah menyifatkan perkara tersebut sebagai
01:18sesuatu yang positif.
01:20Bagaimanapun, beliau menegaskan, pilangan pengundi sebenar jauh lebih besar dan kekal menjadi faktor penentu utama dalam mana-mana pilihan raya.
01:30sehingga padang berhubungan.
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments