Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kerajaan Johor memadankan keperluan bakat mengikut permintaan pelabur bagi kurangkan ketidakpastian. Mekanisme seperti JTDC menyokong pelaksanaan JS-SEZ dan kerjasama ekonomi Johor-Singapura.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Johor mengguna pakai pendekatan yang direka khusus mengikut keperluan bagi memenuhi permintaan dan menarik pelaburan, terutamanya di bawah
00:08zon ekonomi khas Johor, Singapura, JSSZ.
00:12Penasihat Ekonomi dan Pelaburan Johor, Datuk Sri Hasti Muhammad berkata, perkara itu meliputi aspek keperluan tenaga kerja atau bakat berkemahiran.
00:23Memetik laporan bernama, beliau berkata setiap permintaan pelabur akan disesuaikan.
00:28Mengambil contoh keperluan bakat, beliau sifatkan Johor Talent Development Council, JTDC, berupaya memenuhi keperluan mengikut kehendak dan kepakaran yang diperlukan
00:38pelabur.
00:39Beliau yang juga pengerusi Ezekutif Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Budaya Johor di Singapura, JETCO berkata, langkah berkenaan sekaligus dapat menangani
00:48ketidakpasti yang pelabur terhadap sesuatu aspek yang menjadi kebimbangan mereka sekiranya ingin melabur di negeri itu.
00:55Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi terlibat bagi menyokong keperluan berkenaan.
01:01Hasni berkata pelaksanaan JSS Ezek membolehkan Malaysia dan Johor khususnya menjadi rakan ekonomi yang kuat bersama-sama Singapura.
01:10Ujanya, Singapura mempunyai kekuatan dari segi tenaga pakar, sementara Johor ada kawasan yang luas dan tenaga kerja yang jauh lebih
01:17ramai.
01:18Justru, beliau berharap kerjasama ini akan terus memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
01:23Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Maida di Singapura, TV Notan sebelum ini dilaporkan berkata,
01:29kerjasama kukuh pelbagai pihak berkepentingan bertunjangkan pendekatan ekosistem holistik dijangka mempercepat perubahan ekonomi Johor khususnya menerusi JSS Ezek.
01:40Beliau berkata penyelarasan antara kerajaan, penggiat industri serta pelabur adalah kritikal dalam usaha memastikan pelaksanaan inisiatif berjalan dengan lancar
01:49merangkumi pelaburan, bakat dan perubahan digital.
Comments

Recommended