Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Enam pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas dalam tragedi kebakaran melibatkan kira-kira seribu buah rumah atas air di Sandakan. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 248 orang daripada 219 keluarga telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan.
Transcript
00:00Sebanyak enam pusat pembinaan sementara PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas dalam tragedi kebakaran melibatkan seribu buah rumah atas
00:10air di kampung bahagia Sandakan.
00:13Menurut jawatan kuasa pengurusan bencana negeri JPBN Sabah, seramai 248 orang daripada 219 keluarga dipindahkan ke pusat pembinaan tersebut.
00:23Jelas agensi itu antara PPS yang dibuka termasuk Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan GAS, Dewan Sekolah
00:33Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga, serta Sekolah Kebangsaan Karamunting.
00:41Selain itu, JPBN Sabah memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan mangsa masih dalam proses kemas kini berikutan pendaftaran di beberapa PPS masih
00:50dijalankan.
00:51Dalam kejadian semalam, kebakaran besar yang melanda perkampungan atas air kampung bahagia di Sandakan telah mengakibatkan kira-kira seribu buah
01:01rumah atas air musnah sepenuhnya.
01:04Jelas Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagong, kebakaran tersebut telah melibatkan kawasan seluas lebih 4 hektare.
Comments

Recommended