Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dalam letupan besar di sebuah kilang mercun di Virudhunagar, Tamil Nadu. Operasi menyelamat diteruskan ketika pihak berkuasa mengesahkan jumlah korban dan menjalankan siasatan lanjut. Perdana Menteri India Narendra Modi merakamkan ucapan takziah.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dalam satu letupan besar di sebuah kilang mercun di Katanapati berhampiran Virut Hunaga, Selatan India
00:09pada Sabtu.
00:10Letupan berlaku di kilang mercun milik Mutuman Ikam, bekas presiden di kawasan pancayat Govin Hanalur.
00:17Ketika insiden, lebih 30 pekerja sedang menjalankan aktiviti pengeluaran di dalam premis berkenaan.
00:23Menurut pegawai, 4 bilik musnah akibat letupan itu dengan 3 daripadanya runtuh sepenuhnya.
00:30Kebakaran berjaya dikawal, sementara operasi menyelamat dan pembersihan runtuhan diteruskan untuk mengesan sebarang mangsa yang mungkin masih terperangkap.
00:40Pihak berkuasa memaklumkan angka korban sebenar akan diumumkan sebaik operasi menyelamat selesai memandangkan terdapat laporan awal yang menyebut angka korban
00:49mungkin mencecah 17 orang.
00:51Perdana Menteri India Narendra Modi melalui PlatformX miliknya menyifatkan kejadian itu sebagai amat menyedihkan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
01:01mangsa.
01:02Punca sebenar insiden masih dalam siasatan.
Comments

Recommended