00:00Dalam pada itu, Bangladesh bertindak menaikkan harga runcit bahan api antara 10 hingga 15% di tengah-tengah perang Iran
00:08dengan Amerika Syarikat yang bermula pada 28 Februari lalu dan masih belum ada tanda untuk berakhir.
00:15Kenaikan itu didorong lonjakan mendadak harga minyak mentah global dan gangguan bekalan akibat konflik yang sedang berlarutan di Asia Barat.
00:26Kementerian Tenaga dalam satu kenyataan memaklumkan, di bawah kadar baru tersebut, harga petrol kini dijual pada 135 takar atau RM4
00:36.34 selita berbanding 116 takar atau RM3.74 sebelum ini.
00:43Harga diesel pula ditetapkan pada 115 takar atau RM3.70 manakala karosin pada 130 takar atau RM4.18.
00:53Pegawai kerajaan menjelaskan bahawa kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan peningkatan harga minyak mentah, gangguan rantaian bekalan, kos pengangkutan dan
01:04insurans yang lebih tinggi telah melonjakkan perbelanjaan import sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
01:10Situasi ini menjadi semakin meruncing selepas harga minyak melonjak sepanjang tujuh minggu krisis perang di Iran berlaku.
01:18Peningkatan kos bahan api ini memberi tekanan hebat kepada rezab pertukaran asing Bangladesh yang sememangnya sudah terjejas memandangkan negara Asia
01:28Selatan itu sangat bergantung kepada bahan api import.
01:31Sebelum ini kerajaan cuba melindungi pengguna melalui pemberian subsidi, menangguhkan pelarasan harga, memperketat kawalan stok dan mempelbagaikan sumber bekalan.
01:43Bagaimanapun pihak berkuasa mengakui langkah-langkah tersebut semakin sukar untuk dikekalkan apabila harga global terus melambung tinggi.
01:52Susulan itu, DACA dilaporkan memohon pembiayaan luar melebihi $2 bilion Amerika bagi menjamin kelangsungan import tenaga negara.
02:02Kekurangan bekalan bahan api telah menyebabkan barisan panjang di stesen-stesen minyak dengan pihak berkuasa menyalahkan tindakan pembelian panik dan
02:10aktiviti menyorok bekalan sebagai punca keadaan menjadi semakin buruk.
Comments