Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Israel mengumumkan tindakan merobohkan struktur di sempadan Lubnan dan mendedahkan garis penempatan tentera baharu sejauh 5–10 kilometer ke dalam wilayah Lubnan. Langkah ini dibuat beberapa hari selepas gencatan senjata Israel–Hezbollah dicapai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam pada itu, Israel mengumumkan akan merobohkan struktur perumahan di sepanjang sempanan luknan yang didakwa dieksploitasi kumpulan Hezbollah.
00:10Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, sebarang struktur yang dianggap mengancam tenteranya serta jalan yang disyaki mengandungi bahan letupan akan
00:20dimusnahkan serta merta.
00:44Beliau berucap pada satu majlis perasmian di penempatan Yahudi, Sanur, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
00:51Jelasnya, matlamat utama kempen ketenteraan Israel di Lubnan adalah untuk melucutkan senjata Hezbollah, kumpulan militan yang disokong Iran.
01:01Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel pada ahad buat kali pertama menerbitkan peta garis penempatan baru pasukan mereka di dalam wilayah
01:10Lubnan beberapa hari selepas kecata senjata antara Israel dan Hezbollah berkuat kuasa.
01:15Peta itu menunjukkan puluhan perkampungan Lubnan, kebanyakannya tidak lagi berpenghuni, kini berada di bawah kawalan Israel.
01:23Israel memaklumkan bahawa pasukannya telah memusnahkan sejumlah perkampungan di kawasan berkenaan dengan alasan langkah itu perlu bagi melindungi bandar-bandar
01:32Israel di utara negara itu daripada serangan Hezbollah.
01:36Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Lubnan atau Hezbollah berhubung kenyataan dan pendedahan peta berkenaan.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended