00:00Donald Trump memaklumkan wakilnya akan berlepas ke Islamabad bagi mengadakan rundingan dengan Iran dalam usaha meredakan ketegangan antara mereka dalam
00:09hantaran di platform Truth Social.
00:12Presiden Amerika Syarikat itu berkata delegasi negara itu dijangka tiba di Islamabad menjelang petang Isnin.
00:19Namun beliau tidak memperincikan pegawai yang akan dihantar bagi pusingan kedua rundingan tersebut.
00:27Trump turut mengulangi Washington menawarkan satu perjanjian yang disifatkan sebagai adil dan munasabah kepada Teheran.
00:35Bagaimanapun beliau memberi amaran, mereka akan mengusnahkan infrastruktur awam di Iran sekiranya negara itu tidak menerima syarat perjanjian yang ditawarkan.
00:45Dalam kenyataan sama, Trump menuduh Iran melanggar gencatan senjata selama dua minggu yang dijalua tamat pada Rabu
00:52dengan mendakwa negara itu melepaskan tembakan di Selahormos pada Sabtu.
00:57Beliau mendakwa penutupan laluan tersebut memberi kerugian besar kepada Iran, dianggarkan mencecah 500 juta dolar Amerika sehari.
01:06Manakala Amerika didakwa tidak terjejas dan sebaliknya menerima manfaat apabila kapal-kapal menuju ke negeri seperti Texas dan Alaska.
01:15Pusingan pertama rundingan hujung minggu lalu yang diketuai naik presiden Amerika, JD Vance, berakhir tanpa sebarang persetujuan.
Comments