00:00Pakistan memperketat kawalan keselamatan di Islamabad dan Rawalpindi menjelang jangkaan pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:10Langkah itu diambil selepas sebuah pesawat pengangkut tentera udara Amerika Syarikat mendarat di pangkalan udara Nurhan pada Ahad.
00:20Dua sumber di Pakistan memaklumkan rundingan baru Amerika Syarikat Iran berkemungkinan berlangsung sebelum jemaat ini.
00:27Menurut sumber polis, kira-kira 20,000 anggota polis dikerahkan di kedua-dua bandar disokong ratusan komando elit termasuk penembak
00:36hendak.
00:37Pasukan Peronda Leboraya Punjab, Dolphin Force dan unit bertindak pantas turut diletakkan dalam keadaan siap-siaga.
00:44Selain itu, sistem pengawasan kamera dan penembak hendak ditugaskan di atas bumbung secara 24 jam bagi memantau pergerakan di lokasi
00:53strategik.
00:54Pengaturan keselamatan serupa ini pernah dilaksanakan sebelum pusingan pertama rundingan damai Amerika Syarikat dan Iran yang bertujuan meredakan ketegangan terbaru
01:03di Asia Barat.
01:05Sumber turut memaklumkan bahawa pasukan awal dari Amerika Syarikat termasuk pihak keselamatan telah tiba di Islamabad bagi menyelaras persiapan rundingan.
01:14Sebagai sebahagian pelan keselamatan, pihak berkuasa turut menggantung semua pengangkutan awam dan barangan di Islamabad dan Rawalpindi manakala kebanyakan pintu
01:24masuk ke zon merah telah ditutup.
01:26Beberapa hotel utama telah meminta tetamu mengosongkan premis selepas kerajaan mengambil alih hotel-hotel berkenaan untuk tujuan rundingan.
01:36Asrama dan rumah tumpangan di Ibu Negara juga diarahkan ditutup sehingga diberitahu kelak.
01:42Pihak berkuasa Pakistan menegaskan langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan maksimum serta kelancaran proses diplomatik ketika usaha memperpanjangkan gencata senjata
01:53Amerika Syarikat Iran sedang giat dijalankan.
Comments