00:00Kekejaman berterusan rejim Zionis Israel sekali lagi meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk yang dizalimi.
00:08Bagi seorang warga Lubnan, Zahra Idh, 60 tahun, kepulangan ke rumah bukan sekadar kembali ke tempat berteduh.
00:16Tetapi ia bermakna terpaksa meratapi sisa kenangan yang tinggal.
00:21Duka itu terpaksa ditanggung selepas serangan udara Israel meratakan seluruh kawasan kejiranannya di selatan Lubnan.
00:39Di tengah runtuhan rumahnya di Tardeba, wanita itu berdiri kaku, menatap kemusnahan yang buat pertama kali.
00:48Dilihat sejak dia melarikan diri bersama tiga anak perempuannya pada hari pertama perang.
01:22Zahra kembali pada hari kedua selepas kenjatan senjata,
01:26mengais apa yang masih tersisa daripada debu dan batu,
01:31pakaian, komputer riba dan sekeping potret arwah suaminya.
01:55Lubnan terheret dalam konflik Asia Barat pada 2 Mac lalu selepas Hezbollah yang disokong Teheran,
02:00melancarkan serangan terhadap Israel bagi membalas kematian pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei.
02:07Menurut pihak berkuasa, perang tersebut meragut lebih 2,100 nyawa di Lubnan
02:11dan memaksa kira-kira 1.2 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka.
02:17Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat berkata Washington telah melarang Israel
02:22daripada meneruskan pengeboman di Lubnan sehari selepas pengumuman gencatan senjata selama 10 hari dibuat.
02:29Namun, gencatan senjata tersebut tidak mensyaratkan pengunduran tentera Israel
02:34dari sebahagian kawasan selatan negara itu.
02:37Menteri Pertahanan Israel pula menegaskan operasi akan diteruskan
02:40termasuk merubuhkan rumah yang didakwa, kononnya digunakan Hezbollah.
Comments