00:00Malaysia sekali lagi mengukir pencapaian di pentas antarabangsa apabila dipilih sebagai tuan rumah Kongres Hemophilia Dunia 2026 yang menghimpunkan lebih
00:101,900 delegasi dari seluruh dunia.
00:13Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Mahathar Abdul Wahab berkata, pemilihan ini mencerminkan pengiktirafan global terhadap komitmen Malaysia dalam memperkukuh standar
00:23penjagaan bagi pesakit hemophilia dan penyakit jarang jumpa.
00:27Menurut beliau, penganjuran Kongres berprestij itu menjadi platform penting untuk memperluas kerjasama antarabangsa dalam meningkatkan hasil rawatan pesakit di seluruh
00:37dunia.
00:38Dr. Mahathar turut memaklumkan, berdasarkan tinjauan global tahunan WFH 2024, Malaysia merekodkan lebih seribu individu berdaftar yang hidup dengan hemophilia
00:49dengan majoritinya terdiri daripada hemophilia A dan B.
00:53Katanya angka itu bagaimanapun dipercayai belum menggambarkan situasi sebenar kerana masih terdapat ramai pesakit yang belum didiagnosis akibat kekangan dari
01:02segi kesedaran dan saringan awal.
01:04Dalam perkembangan sama, Kementerian Kesihatan sedang membangunkan pelan tindakan nasional penyakit jarang jumpa, susulan penerbitan dasar nasional penyakit jarang jumpa
01:13bagi memperincikan strategi pelaksanaan, pembiayaan dan hasil yang boleh diukur.
01:19Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan kerjasama industri untuk membawa ujian klinikal terapi JAN ke Malaysia sekaligus membuka ruang kepada
01:28rawatan inovatif yang berpotensi menjadi penawar kepada hemophilia pada masa depan.
01:33Terima kasih.
01:35Terima kasih.
Comments