Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Naib Presiden AS JD Vance disahkan akan ke Islamabad bagi menyertai rundingan dengan Iran, bersama Steve Witkoff dan Jared Kushner. Penglibatan itu mengakhiri kekeliruan kenyataan Presiden Donald Trump, ketika Pakistan memperketat kawalan keselamatan menjelang rundingan penting.
Transcript
00:00Seterusnya, naik Presiden AS J.D. Vance sahkan akan ke Pakistan bagi menyertai rundingan dengan Iran sekaligus mengakhiri kekeliruan susulan
00:11kenyataan bercanggah sebelum ini.
00:13Menurut pegawai White House, Vance akan disertai oleh utusan khas Steve Whitcoff dan Jared Kushner dalam delegasi AS.
00:21Sebelum ini pada ahad, Presiden Donald Trump berkata Vance tidak akan menyertai delegasi tersebut dengan alasan kebimbangan keselamatan oleh perisikan
00:31memandangkan tempoh persiapan perjalanan yang singkat iaitu kurang 24 jam.
00:37Bagaimanapun, kekeliruan timbul apabila beberapa laporan media termasuk ABC News, Axios serta kenyataan setiausaha tenaga AS, Chris Wright, menyebut bahawa
00:49Vance sebenarnya akan mengetuai delegasi Amerika, bercanggah dengan kenyataan awal Trump.
00:55Dan yang memberitahu Fox News bahawa mesyuarat rundingan itu dijadwalkan berlangsung pada selasa di Islamabad dan berkemungkinan berlanjutan hingga Rabu.
01:05Vance sebelum ini pernah mengetuai rundingan dengan Iran yang berakhir tanpa sebarang persetujuan.
Comments

Recommended