Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing maut ditembak di sebuah restoran di Jalan Delima, Taman Kota Jaya di Kota Tinggi, Johor pada Ahad.
Transcript
00:00Dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing maut ditembak di sebuah restoran di Jalan Delima, Taman Kota Jaya di
00:08Kota Tinggi, Johor.
00:09Kesemua mangsa dipercayai ditembak menggunakan senjata api shotgun dalam kejadian sekitar pukul 1.30 petang ahad itu.
00:19Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:22Ketua Polis Johor Dato' A.B. Rahman Arsad berkata 30 minit kemudian, polis berjaya memberkas suspek seorang lelaki tempatan berumur
00:3171 tahun, kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
00:36Shotgun yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa berjaya dirampas.
00:41Menurut A.B. Rahman, suspek seorang pekebun yang mempunyai tanah pertanian melayakkannya memiliki senjata api berlesen yang dikeluarkan polis diraja
00:49Malaysia.
00:49Bagaimanapun lesen senjata api yang dikeluarkan hanya untuk menjaga musuh tanaman.
00:55A.B. Rahman berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada masalah hutang peribadi.
01:04Siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan elemen kongsi gelap atau unsur-unsur keganasan atau terorizm.
01:11Suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
01:15Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:19Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Magistret Kota Tinggi pada Isnin.
Comments

Recommended