00:00Tentera Zionis Israel umum penubuhan satu zon keselamatan dipanggil sebagai Yellow Line di selatan Lubnan yang menurutnya menyerupai langkah keselamatan
00:09yang pernah dilaksanakan di semenanjung Gaza.
00:11Tentera Israel juga memaklumkan bahawa pihaknya akan menyasarkan individu yang menghampiri kawasan berkenaan.
00:18Selain itu, Zionis juga menyatakan sepanjang pemantauan di Yellow Line berkenaan dalam tempoh 24 jam lepas telah mendapati ada kumpulan
00:28yang didakwanya sebagai pengganas cuba menghampiri Tentera Israel.
00:33Perkara itu sekaligus dianggap sebagai ancaman oleh pihak Ketenteraan Negara Haram Israel.
00:39Memetik laporan dikeluarkan agensi antarabangsa memaklumkan ini merupakan kali pertama Israel secara terbuka merujuk kepada penubuhan Yellow Line di Lubnan
00:50yang digambarkan sebagai zon penampan ditetapkan sendiri.
00:54Tambahnya kejadian sebegini adalah serupa dengan pengaturan yang pernah dikenakan di Gaza selepas perang yang tercetus pada Oktober 2023.
01:04Namun begitu setakat ini tiada maklum balas rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Lubnan mahupun kumpulan Hezbollah susulan kenyataan Israel itu.
01:14Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan Israel, Israel Kats menyatakan bahawa Israel berhasrat untuk mengekalkan kawalan ke atas semua kawasan di
01:24selatan Lubnan yang diduduki semasa operasi ketenteraan terbaharu.
01:28Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, jumlah korban akibat serangan Israel sejak 2 Mac telah meningkat kepada 2,294 orang dengan 7
01:39,544 lagi dilaporkan cedera.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments