Skip to playerSkip to main content
  • 16 hours ago
Iran mengeluarkan amaran keras kepada semua kapal supaya tidak menghampiri Selat Hormuz, sambil mengumumkan penutupan laluan itu susulan sekatan Amerika Syarikat. Tindakan tersebut meningkatkan risiko keselamatan maritim dan ketegangan geopolitik di laluan tenaga utama dunia.
Transcript
00:00Iran mengarahkan semua kapal supaya tidak bergerak dari lokasi masing-masing di Teluk Parsi dan Laut Oman sambil memberi amaran
00:07bahawa sebarang pelanggaran akan dianggap sebagai kerjasama dengan musuh.
00:12Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam IRGC memaklumkan selat humus akan ditutup bermula petang Sabtu sehingga Amerika Syarikat menarik balik
00:20sekatan laut, tadak kapal dan pelabuhan Iran.
00:23Dalam kenyataan yang disiarkan media rasmi IRGC menegaskan tiada sebarang kapal dibenarkan menghampiri laluan strategi itu malah memberi amaran bahawa
00:33mana-mana kapal yang melanggar arahan akan menjadi sasaran.
00:36Menurut IRGC sebelum ini beberapa kapal awam dibenarkan melalui selat berkenaan dengan penyelarasan pihaknya selepas Iran membuka laluan tersebut secara
00:45sementara.
00:45Bagaimanapun, Iran mendakwa Amerika Syarikat melanggar perjanjian gencatan senjata dengan tidak menarik balik sekatan laut terhadap negara itu.
00:54Dalam masa sama, IRGC turut menolak kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai selat humus dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
01:03Setakat ini, tiada maklum balas rasmi dikeluarkan oleh Amerika berhubung kenyataan tersebut.
Comments

Recommended