00:00Kuching City FC melakar sejarah tersendiri apabila Mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas menewaskan Selangor FC dengan
00:08agregat 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Negeri di Kuching.
00:13Pada Sabtu, skuad kendalian Aidil Syarin Sahak itu mencatat kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir kedua selepas kedua pasukan
00:21terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya pada 5 April lepas.
00:28Pada pertemuan malam tadi, Kuching City memperoleh gol kemenangan menelusi jaringan Petrus Shitembe pada minit ke-30.
00:37Selangor sekali lagi ditimpa malang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-52 selepas kapten skuad gegasi merah
00:45Mohd Safwan Baharudin dilayangkan kad merah setelah semakan video bantuan pengadil ataupun VAR mengesahkan beliau melakukan kesalahan menghalang peluang jaringan.
00:56Skuad bimbingan Kim Pangon itu terus dirundung malang apabila seorang lagi pemain Mohd Mukairi Ajmal Mahadi dibuang padang 11 minit
01:05kemudian susulan terjahan keras sekaligus memaksa selangor beraksi dengan 9 pemain.
01:11Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan Kuching City untuk menambah jaringan sekaligus menyaksikan keputusan kekal 1-0 hingga wissel penamat.
01:22Kuching City bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Taqzim yang menempati ramalan menewaskan Kuala Lumpur City FC dengan agregat 8
01:30-1 pada pelawanan akhir Piala Malaysia dan dijadwalkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini.
Comments