00:00Permasalahan mendesak yang dihadapi rakyat termasuk usaha mengurangkan risiko banjir melalui penambahbaikan sistem perparitan, saliran dan teming sungai antara perbincangan
00:11yang ditumpukan dalam mesyuarat pembangunan jajahan pasir putih bagi tahun 2026.
00:16Tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap perancangan tidak boleh sekadar kekal di atas kertas, sebaliknya mesti dizahirkan melalui
00:25tindakan yang tuntas, cekap dan berkesan.
00:30Beliau yang mempenguruskan mesyuarat itu berkata mesyuarat antara lain bagi meneliti kemajuan projek serta isu-isu pelaksanaan di bawah rancangan
00:38Malaysia ke-13.
00:40Beliau berkata isu keselamatan juga tidak dipinggirkan dengan penekanan kepada pemasangan lampu solar serta kamera litar tertutup di samping keperluan
00:49menaik taraf infrastruktur, memperkukuh sosioekonomi dan memperluas jaringan kebajikan.
00:54Sehubungan itu, Anwar menyarankan agak satu pelan tindakan yang komprehensif dan bersepadu dirangka melibatkan semua pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri
01:04dan persekutuan dalam menangani isu utama seperti kesihatan, pendidikan dan keterjaminan makanan.
01:11Beliau berharap segala ikhtiar itu dipermudah dan diberkati seterusnya mampu mengangkat taraf hidup serta memperkasa kesejahteraan rakyat Kelantan secara menyeluruh.
Comments