00:00Polis menafikan dawaan bahawa tiada tindakan diambil berhubung satu hantaran tular dalam media sosial mengenai insiden seorang lelaki dipukul beramai
00:08-ramai di Wakaf Baru, Kelantan.
00:10Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, SCP Mohd Khairi Syafiee, susulan kejadian itu seorang suspek lelaki berumur 36 tahun akan didakwa
00:18di Mahkamah Tumpat pada 19 April ini.
00:22Beliau menjelaskan bahawa pertuduhan ke atas lelaki berkenaan akan dibuat di bawah Seksyen 334 Kanun Kesiksaan.
00:29Mengelang selanjut, Mohd Khairi memberitahu polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada 12.45 pagi 1 April lepas dan
00:38kes berkenaan turut dikelasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Kesiksaan.
00:43Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselesihan faham keluarga yang membawa kepada pergaduhan melibatkan kedua-dua pihak dan masing-masing
00:51mengalami kecederaan.
00:5211 individu yang berumur antara 18 hingga 67 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
01:01Tegasnya, siasatan telah dijalankan secara telus, profesional dan menyeluruh bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
01:08Dan beliau telah menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih atau tidak disahkan oleh pihak berkuasa.
Comments