Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kesemua lapan mangsa nahas helikopter Airbus H-130 di Kabupaten Sekadau ditemui pasukan penyelamat. Jasad dibawa ke Kubu Raya sebelum proses pengecaman, manakala punca kejadian masih disiasat pihak berkuasa.
Transcript
00:00Kesemua mangsa nahas helikopter Airbus H-130 yang terhempas di Kabupaten Sekadau, Kalimantan, Barat pagi Kamis ditemui awal pagi Jumaat.
00:09Mangsa terdiri daripada dua kru dan enam penumpang ditemui pasukan penyelamat selepas dikesan oleh pasukan mencari dan menyelamat dari udara
00:17sekitar jam 3.25 petang Kamis.
00:20Kesemua jasad kemudian dikumpul dan dibawa melalui laluan darat ke kubur raya yang mengambil masa lima jam perjalanan.
00:26Setelah itu, kesemua mangsa akan dibawa ke rumah sakit Bayangkara untuk proses pengecaman.
00:32Helikopter bernombor pendaftaran PKCFX milik Matthew A. Nusantara itu berlepas dari Kabupaten Melawi sekitar jam 8.34 petang pagi Kamis
00:41menuju Kabupaten Kubur Raya sebelum terputus hubungan 5 minit kemudian.
00:44Titik akhir helikopter ini kemudian dikesan di kawasan hutan tebal di Desa Tampang Tingang, Kacamatan Nangga Taman, Kabupaten Sekadau.
00:54Punca nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Comments

Recommended