Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kerajaan MADANI kekal beriltizam untuk mendukung dan menyemarak agenda memperkasakan usahawan bumiputera sebagai wahana yang berdaya hasil dan berteraskan pencapaian yang membanggakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Transcript
00:00Kerajaan Madani kekal beritilisam untuk mendukung dan menyemarak agenda berperkasakan usahawan Bumi Putera sebagai wahana yang berdaya hasil dan berterasakan
00:09pencapaian yang membanggakan.
00:11Menurut Perdana Menteri, Datuk Serena Ibrahim, melalui Pengukuhan Bumi Putera Komersial Industrial Community, BCIC,
00:18kerajaan menetapkan sasaran yang lebih berani meningkatkan pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, GLIC, sehingga RM2 bilion.
00:27Selain itu, katanya menjayakan sekurang-kurangnya 10 penyenaraian awam baharu dan membimbing melahirkan jagoh Bumi Putera yang berupaya mencapai nilai
00:36syarikat mencecah RM500 juta dalam tempoh 5 tahun.
00:41Jelasnya ini bukan sekadar angka tetapi lambang tekad untuk mengangkat martabat ekonomi Bumi Putera kepada tahap yang lebih mampan dan
00:48berdaya saing.
00:49Justeru beliau berkata pendekatan strategik yang digerakkan harus bersifat menyeluruh daripada memperkukuh perusahaan dan syarikat sedia ada yang berdaya tahan
00:58hinggalah membuka ruang kepada penyertaan dalam sektor pertumbuhan baharu seperti kecedasan buatan dan teknologi tinggi.
01:06Kejayaan jenama seperti serai dan glokai memperlihatkan bahawa apabila ekosistem yang tepat disediakan, usahawan Bumi Putera mampu berdiri setara malah
01:16unggul dalam landscape ekonomi modern.
01:19Pada masa yang sama, Anwar berkata akses kepada pembiayaan, perolehan kerajaan dan peluang komersial terus diperluas sebagaimana yang dinikmati oleh
01:27syarikat seperti Bateriku, Hanan Medicare, Blue Sea Pie, Paktam dan Merak yang menjadi bukti bahawa tata laksana yang inklusif mampu
01:36melahirkan legasi keusahawanan yang mampan.
01:39Beliau berkata kerajaan mendengar, menilai dan akan terus memperhalusi pendekatan sedia ada supaya setiap dasar yang digerakkan benar-benar mencerminkan
01:48realiti di lapangan.
Comments

Recommended