Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kementerian Kesihatan Malaysia memberi jaminan bekalan ubat‑ubatan kritikal termasuk insulin dan vaksin kekal stabil dan mencukupi. Sistem pemantauan berterusan serta pelaksanaan SAP memastikan rawatan pesakit tidak terjejas walaupun berlaku gangguan rantaian global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM memberi jaminan bekalai ubat-ubatan kritikal termasuk insulin dan vaksin di negara ini berada pada tahap
00:07stabil dan mencukupi.
00:09Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perkhidmatan Farmasi Dr. Azwana Ramli berkata,
00:14kerajaan melaksanakan pemantauan berterusan melalui penubuhan pasukan petugas khas yang teruk melibatkan pihak industri bagi memastikan para stok ubat-ubatan
00:22di seluruh negara kekal mencukupi.
00:26Menurut Dr. Azwana, mekanisme tersebut membolehkan pihak industri menyalurkan maklumat terkini para stok sekaligus membantu KKM mengenalpasti sebarang potensi gangguan
00:35bekalan dengan lebih awal.
00:37Mengulas isu bekalan insulin, beliau menjelaskan rawatan pesakit diabetes tidak terjejas kerana terdapat pelbagai pilihan rawatan dan ubat alternatif di
00:45pasaran.
00:46Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan MDA Dr. P. Murali Taharan berkata,
00:53bekalan peranti perubatan di Malaysia setakat ini masih mencukupi dan terkawal meskipun dunia berdepan konflik di Asia Barat.
01:00Bagaimanapun katanya terdapat kekurangan kecil dalam masa yang sama, langkah ini membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada peranti perubatan import,
01:08melibatkan beberapa kategori peranti, antaranya peranti diagnostik makmal, IVD, seperti kit ujian dan reagan, namun situasi tersebut tidak signifikan.
01:19Dr. Murali Taharan turut menjelaskan pelaksanaan Special Access Pathway, SAP membolehkan pembekal memperoleh akses segera kepada peranti perubatan
01:28sekaligus memperkukuh rantaian bekalan industri peranti perubatan tempatan.
01:31SAP merupakan pendekatan interim yang membenarkan penggunaan peranti belum berdaftar sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian ketat aspek keselamatan dan kualiti.
01:41Dalam sesama katanya, langkah ini membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada peranti perubatan import.
Comments

Recommended