00:00Baik, akhir sekali tindakan penguatkuasaan terhadap dua penerbitan yang dikenakan perintah larangan dibuat berasaskan penilaian semasa serta kepentingan keselamatan dan
00:09ketenteraan awam dan bukan semata-mata berdasarkan tarikh penerbitan bahan berkenaan.
00:14Menterian Dalam Negeri KDN berkata, tindakan terhadap buku bertajuk Memua Syamsiah Fakir dari Awas ke Regimen ke-10 dan Komrad
00:23Asi Regimen 10 dalam Denyut Nihilisma Sejarah diambil di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
00:33Menurut KDN, hasil pemantauan dan maklumat risikan pihaknya mendapati terdapat bahan penerbitan yang mengandungi unsur serta ideologi komunisma kini mula
00:45beredar secara lebih terbuka di pasaran.
00:47Jika sebelum ini penyebaran bahan seumpama itu bersifat terhad dan tertutup, kini terdapat kecenderungan untuk menormalisasikan serta mengagung-agungkan fahaman
00:58tersebut yang jelas bertentangan dengan kepentingan keselamatan negara.
01:03KDN berkata penilaian kandungan dua buku tersebut dibuat berlandaskan Seksyen 7 Akta 301 khususnya terhadap elemen yang boleh memudaratkan keselamatan
01:14awam.
01:15KDN menolak dakwaan, tindakan berkenaan bertujuan menyekat kebebasan inteleksual atau wacana ilmiah.
01:23Pada Rabu Penerbit Buku Berkenaan Gerak Budaya memaklumkan akan mencabar tindakan KDN itu yang disifatkan sebagai usaha menyempitkan ruang wacana
01:33dan menghalang perkembangan budaya ilmu.
Comments